OUR STREAMERS

MEL21: 700,000 jumlah tontonan direkodkan sepanjang Liga Esukan Malaysia 2021

Posted by Nadzreen on September 2, 2021

Satu pencapaian terbaik bagi Esports Integrated (ESI) yang julung kali menganjurkan MEL21 apabila masyarakat menunjukkan minat terhadap Esukan tempatan untuk sebuah kejohanan menarik dan kompetitif untuk akar umbi.

Jumlah tontonan adalah melebihi unjuran awal ESI yang telah mensasarkan 100,000 tontonan dan sebanyak 2.2 juta minit video ditonton.

Seramai 288 pemain dari 64 buah pasukan mewakili 13 negeri dan 3 Wilayah Persekutuan telah bertanding dalam MEL21 Kebangsaan dalam 4 kategori; PlayerUnknown's Battlegrounds Mobile (PUBGM), Mobile Legends: Bang Bang (MLBB), EA Sports FIFA21 dan Dota 2.

Keempat-empat juara MEL21 Kebangsaan berjaya membawa pulang wang tunai RM20,000 dan pingat juara setiap satunya.

Difahamkan MEL bakal menjadi acara tahunan walaupun masih lagi dalam perancangan.

"Lanjutan daripada kejayaan MEL yang julung-julung kalinya dilangsungkan ini, KBS menerusi ESI bercadang untuk menjadikan MEL sebuah acara tahunan untuk terus menyokong pembangunan pemain esukan akar umbi tempatan," kata Ahmed Faris Amir, Ketua Pegawai Eksekutif Esports Integrated.

"Dalam edisi MEL yang seterusnya, kami berharap untuk dapat lebih banyak penglibatan daripada pemain wanita dan pelbagai kaum,” tambah beliau semasa menjawab kepada media mengenai pelan penambahbaikan MEL di sidang media tersebut.

Kesemua perlawanan disiarkan secara langsung di platform kejohanan Esukan kebangsaan, esukan.gg dan halaman Facebook ESI.

Highlights

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram