OUR STREAMERS

MEL21: RM200,000 Rebutan ‘SANG JUARA’ Di Liga Esports Malaysia 2021

Posted by Nadzreen on June 16, 2021

Esukan.gg dengan kerjasama Impact Integrated dan Techninier julung kalinya mengadakan Malaysia Esports League 2021 (MEL21) yang bakal menyaksikan pemain amatur dan semi-professional dari 13 negeri dan tiga wilayah persekutuan bertarung demi hadiah terkumpul berjumlah RM200,000.

Objektif MEL21 untuk memberi peluang kepada peminat esport Malaysia untuk menunjukkan bakat dan menimba pengalaman dalam kejohanan yang sangat kompetitif.

MEL21 terbahagi kepada 2 peringkat Liga Esports Negeri dan Kebangsaan, dimana pemain liga ini akan bertanding dalam pelbagai kategori antaranya PUBG Mobile, Mobile Legends: Bang Bang, Dota 2 dan FIFA21.

Untuk setiap kategori, pemain akan melalui pusingan kelayakan di peringkat Negeri dan hanya pemain terbaik akan meneruskan perjuangan ke Liga Kebangsaan, di mana meraka akan berentap bagi memenangi hadiah terkumpul sebanyak RM200,000.

MEL21 terbuka untuk semua rakyat Malaysia, tiada yuran penyertaan dikenakan bagi menyertai kejohanan ini. Pemain yang berminat boleh mendaftar di Esukan.gg (www.esukan.gg) sekarang.

Berikutan pengumuman terbaru mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Penuh (PKPP atau Full Lockdown), MEL21 terpaksa ditunda kepada tarikh yang baru. Tarikh akan diumumkan selepas tamatnya PKPP, atau sekiranya SOP terkini dilonggarkan.

Highlights

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram