OUR STREAMERS

MEL22: Jumlah Penyertaan MEL22 Lebih 50,000 Penyertaan!

Posted by Nadzreen on October 2, 2022

Memasuki musim kedua MEL22 penyertaan kekal tinggi pada tahun ini, terutamanya dengan penambahan kategori daripada 4 kepada 7 kategori tahun ini.

YB Senator Dato' Sri Ti Lian Ker, Timbalan Menteri Belia dan Sukan berkata wawasan daripada pengaktifan pertandingan ini adalah penting untuk memastikan dasar strategik oleh KBS dilaksanakan secara langsung dan lebih berkesan.

"Ini membantu kami menambah baik pendekatan strategik kami dalam mencipta dan memupuk bakat sukan elektronik baharu, dan untuk menjadi industri yang lebih inklusif serta merangkumi kepelbagaian," katanya.

Beliau berkata untuk membina komuniti sukan elektronik profesional yang lebih besar dan lebih kukuh di negara ini, kita mesti mempunyai asas yang kukuh di peringkat akar umbi.

"Salah satu daripada kaedah yang digariskan dalam pelan strategik kami adalah untuk mewujudkan platform di mana bakat akar umbi boleh dicungkil dan diiktiraf, kerana itulah kami mewujudkan Malaysia Esports League yang kini berjalan untuk tahun kedua.

Dengan lebih 50,000 peserta berdaftar di dalam pengkalan data MEL22 adalah kejohanan sukan elektronik akar umbi yang terbesar dan inklusif yang pernah dianjurkan sehingga kini.

Highlights

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)