OUR STREAMERS

Miss Farr: Mereka tak rasa dan lalui apa yang saya rasa

Posted by Nadzreen on September 7, 2021

Kecoh sejak kelmarin berkenaan siaran langsung dalam podcast Discord milik penganalisis SEM9.Gank Soultan atau nama sebenarnya, Fawwaz Sehaimi dan beberapa pemain profesional Team SMG, Mohamad Nazeri Shahrin Affan (Trixnity), duta Team Secret Mohamad Hilmi Mohamad (Emi), dan ramai lagi.

Berikutan kes ini, eGG berjaya mendapatkan Miss Farr untuk mengetahui perkembangan isu ini.

"Mereka tak rasa dan lalui apa yang saya rasa. Mudah untuk memaafkan tapi sukar untuk melupakan," luah NorFarah Shahira (Miss Farr) berkenaan kes gangguan seksual yang serius terhadap dirinya.

Menurutnya, dia mengetahui kes ini dari seorang lelaki yang memberitahu berkenaan kejadian dan ada beberapa orang menghantar mesej padanya di Instagram.

"Masa tu saya sedang berkerja live stream dan nak habis ada 'follower' dm cakap tak tengok live semalam 'trash talk' pasal saya.

"Saya tahu keesokkan hari pada jam 4 petang. Saya tengok dan record apa perbualan mereka tu," luahnya dengan rasa sedih.

Sebelum ini pun saya dah beberapa kali pernah imej saya menjadi bahan ejekan.

"Saya tertanya adakah disebabkan penampilan saya yang begini mereka membuat lawak dan menjadi bahan menarik untuk diborakkan.

"Ramai yang cakap penonton memberikan soalan sebegitu dan adakah perlu mereka menjawab soalan sebegitu?. Mereka sangat berpengaruh dan seakan tidak faham dengan perbuatan itu boleh menjejaskan imej saya," katanya.

Maruah keluarga.

Dia merasa perkara ini sangat memberi impak kepada keluarganya lebih lagi terhadap ibunya kerana ibunya kenal dengan Trixnity.

"Saya Whatsapp video kepada ibu saya dan dia tak percaya dengan apa yang terjadi. Ibu saya kenal dengan Trix dan ianya sangat mengecewakan.

"Sehingga kini dia masih bertanyakan keadaan saya. Naluri ibu sangat kuat dan dia tahu saya dalam keadaan sedih," katanya.

Menurutnya dia masih menantikan permohonan maaf dari mereka yang terlibat dalam podcast itu.

Laporan polis dan mengambil peguam

Menurutnya, dia membuat laporan polis atas gangguan seksual dan ejekan tubuh 'body shaming'.

"Semalam saya membuat laporan polis ke atas pelaku dan penganjur kepada podcast itu dan saya dah serahkan semua bukti," katanya.

Dia berkata atas nasihat keluarga, dia membuat keputusan mengambil peguam untuk melihat sejauh mana kes ini.

"Saya akan mengambil tindakan terhadap perkara ini kerana melibatkan maruah saya dan keluarga," katanya.

Sokongan rakan streamer dan follower.

"Terima kasih atas doa dan sokongan anda semua. Diharap perkara ini tidak berlaku kepada streamer wanita yang lain.

"Jadikan kejadian ini satu pengalaman untuk sesiapa di luar sana yang memandang ringan mengenai isu ini," katanya.

Adakah gangguan seksual terhadap pemain wanita semakin berleluasa atau sekadar hanya melepaskan batuk ditangga mengenai isu ini?

Nantikan kupasan menarik mengenai isu gangguan seksual terhadap pemain e-Sukan wanita.

Highlights

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram