OUR STREAMERS

MLBB: 16 Pasukan Terbaik Dunia Bakal Berentap Di M4 Jakarta!

Posted by Nadzreen on November 1, 2022

Teka teki 16 pasukan manakah yang akan bersaing pada temasya terbesar Mobile Legends M4 di Jakarta, Indonesia sudah terjawab.

16 pasukan akan bertanding adalah Team Haq (Juara MPL Malaysia), Todak (Naib Juara MPL Malaysia), Onic Esports (Juara MPL Indonesia), RRQ Hoshi (Naib Juara MPL Indonesia), Blacklist International (Juara MPL Filipina), ECHO (Naib Juara MPL Filipina), RSG Singapore (Juara MPL Singapura), Burn x Team Flash (Juara MPL Kemboja), Thrones Esports (Juara MPL MENA), RRQ Akira (Juara MPL Brazil), S11 Gaming Argentina (Juara MLBB Latam Super League, Malvinas Gaming (Naib Juara MLBB Latam Super League), Falcon Esports (Juara Myanmar M4 Qualifier), MDH Esports (Juara Mekong M4 Qualifier), Incendio Supremacy (Juara Türkiye Şampiyonası) dan The Valley (Juara NACT 2022 Fall).

Kejohanan itu bakal membuka tirai pada 1 Januari sehingga 15 Januari 2023 dan pastinya peminat dari serata dunia bakal berkunjung ke Jakarta bagi menyaksikan pertandingan berprestij ini.

Meraka bakal merebut hadiah terkumpul sebanyak USD800,000 dan bakal bergelar juara M4.

Persoalannya, mampukah pasukan Malaysia Team Haq dan Todak melakar sejarah baru dengan memenangi pertandingan itu?

Berdasarkan pemerhatian penulis pasukan mempunyai kelebihan tersendiri dan mempunyai meta berbeza dari pasukan lain dari Indonesia dan Filipina.

Malah, ada juga dari pengulas MLBB turut mengatakan pasukan Malaysia kini lebih baik dari dua negara gergasi itu dengan corak permainan yang berbeza dan meta tersendiri.

Adakah anda sudah bersedia? Bebaki dua bulan lagi pertandingan ini membuka tirainya!

Highlights

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)