OUR STREAMERS

MLBB All-Star Funmatch: Kapten Ismail Izzani atau Kapten Sabronzo. Siapa lebih hebat?

Posted by Nadzreen on September 27, 2021

Raikan Mobile Legends: Bang Bang ulang tahun kelima bersama selebriti Ismail Izzani dan Sabrina Rusli dari kumpulan gadis DOLLA yang akan mengalas tugas sebagai kapten pasukan dan influencer serta pemain professional kegemaran anda pada 2 Oktober ini.

All-Star Funmatch membuka tirai dari 8.00PM secara langsung di Mobile Legends: Bang Bang YouTube dan Facebook. Pastikan anda bersorak untuk pasukan kegemaran anda semasa live streaming ok!

Setiap pasukan akan menentang satu sama lain dalam Classic 5v5, dan pelbagai mod lain.

Selebriti yang mengambil bahagian dan influencer adalah seperti berikut:

Pasukan Sabronzo

  1. Sabrina (Kapten)
  2. Soloz
  3. Ombong Haha
  4. Asyraf Rozami
  5. HomeBois Aul

Pasukan Ismail

  1. Ismail (Kapten)
  2. XK Penjahat
  3. Kebapaan
  4. Intan Serah
  5. Geek Fam Xorn

Pasukan juara juga berpeluang menyalurkan sumbangan atas nama mereka kepada badan amal tempatan di Malaysia. Sumbangan tersebut serba sedikit dapat membantu masyarakat yang menghadapi kesulitan akibat kesan pendemik tersebut.

Pasti peminat MLBB tidak sabar dengan All-Star Funmatch kan? Jadi jangan lepaskan peluang ada untuk sertai memenangi cabutan bertuah!

Highlights

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram