OUR STREAMERS

MLBB: Makdi dan Ombong 'Taruhan' Homebois MPLMYS10

Posted by Nadzreen on July 27, 2022

Dua nama yang tidak asing dalam Mobile Legends, Makdi dan Ombong bakal menggegarkan MPLMYS10 musim liga yang bakal bermula 5 Ogos ini.

Dua pemain ini boleh dikatakan 'Otai' mampu memberikan kejutan kepada pasukan yang bakal berentap dalam temasya kali ini.

Jangan dikejut harimau sedang tidur! Mungkin inilah masa yang tepat bagi pasukan Homebois untuk membuktikan pasukan mereka juga mampu memberi tentangan pada musim liga ini.

Turut berada dalam senarai pemain adalah AUL sebagai Gold Lanner dan juga pemain baru XPDEA sebagai Roamer.

Musim lalu, pasukan Homebois berhadapan hukuman dikenakan kepada pasukan mereka dengan mengalami penolakkan mata pada awal musim liga.

Rata-rata peminat MLBB juga sudah boleh menghidu agenda pasukan yang melakukan persiapan pada temasya kali ini.

Highlights

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)