OUR STREAMERS

MLBB: MPLMYS10 MUSIM LIGA BAKAL MEMBUKA TIRAI 5 OGOS!

Posted by Nadzreen on July 25, 2022

Hampir kesemua pasukan sudah mengumumkan senarai pemain yang bakal beraksi pada MPLMYS10.

Ada pasukan masih mengekalkan pemain lama dan ada juga pasukan membawa masuk pemain dari luar untuk memberikan aksi bertenaga pada musim kali ini.

Apakah kelainan yang bakal dilihat pada musim liga kali ini? Jika dilihat pada musim terdahulu pasukan Todak merupakan Juara MPLMYS9 dan Orange Esport pula meraih naib jura.

Pada musim ini pendatang baru Team Lunatic dijangkakan bakal membuat kejutan pada pasukan 'Otai' yang pastinya tidak mahu dikalahkan oleh pasukan 'underdog' ini.

Pemain bekas pasukan Orange Esports juga yang kini membawa nama pasukan mereka sendiri, Team Haq antara pasukan yang dilhat semakin matang dalam kejohanan besar sebegini.

Antara pemain yang bakal diberi perhatian antaranya seperti pemain Todak Rival dan pemain dari SMG, Hate berasal Filipina.

Highlights

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)