OUR STREAMERS

MLBB: Pabz, Minn, Mann, Garyy dan Lolla jadi rebutan?

Posted by Nadzreen on June 28, 2022

Desas desus mengenai ke mana hala tuju empat pemain dan jurulatih Team Haq kini terjawab apabila menyatakan hasrat untuk kekal bersama Team Haq.

Sejurus selesai MSC2022 baru-baru ini, empat pemain dan jurulatih Team Haq, Pabz, Minn, Mann dan Lolla menamatkan 'tugasan' mereka bersama Orange Esports.

Walaupun menerima beberapa tawaran dari pasukan dari yang bakal beraksi di MPLMYS10 mereka masih ingin bersama dan tidak mahu berpecah.

Jurulatih Team Haq, Pabz berkata, tawaran berkenaan tertuju berasingan pada setiap pemain dan dirinya dari pelbagai pasukan.

Photo: FB Team Haq Esports

"Kami selesa bersama dan peluang beraksi di MSC2022 baru-baru ini membuka lagi peluang untuk kami belajar dari kesilapan.

Kini Team Haq sedang membuka 'tryout' untuk mencari 'Gold Laner' bagi menguatkan lagi pasukan mereka untuk beraksi pada qualifier MPLMYS10.

"Kami menerima lebih dari 50 pemain untuk mendaftar tryout ini dan ada juga pemain yang pernah bermain MPL juga turut mendaftar.

"Tiada 'pintu belakang' untuk pasukan ini memilih pemain berkenaan. Kami mahukan pemain yang 'banyak mulut' ketika bermain dan mempunyai displin yang tinggi," katanya.

Dia berkata, peringkat qualifier pastinya pasukan seperti Geeks Fam dan MAB Esports akan memberikan saingan.

"Tidak dinafikan dua pasukan ini akan menjadi pasukan tumpuan dan pasukan dari tier-2 juga tidak boleh dipandang rendah.

"Cara permainan dan mekanik mereka sama saja apa yang membezakan adakah mereka mampu untuk menerima tekanan mental dan fizikal pada peringat qualifier itu nanti," katanya.

Highlights

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)