
MLBB: PASUKAN MALAYSIA JADI PILIHAN JURULATIH DAN ANALISIS DARI FILIPINA?
Sedang berlegar khabar angin jurulatih dan analis dari Filipina sedang dirisik oleh pasukan Malaysia sejurus tamatnya kejohanan dunia MLBB (M4) baru-baru ini.
Kemampuan jurulatih dan analis dari negara itu tidak dapat disangkal apabila negara jiran kita, Indonesia juga sudah mendapatkan khidmat dari mereka.
Hasil pengambilan jurulatih dan analis itu juga dilihat banyak peningkatan pada corak permainan dan mekanik pemain dari Indonesia walaupun mereka disingkirkan pada pada final braket bawah.

Adakah ini bakal menjadi berita gembira buat peminat MLBB Malaysia selepas kegagalan pasukan kita untuk berada dalam top 4 di M4.
Bukan untuk menidakkan kemampuan dan kredibiliti jurulatih, analis kita tapi ada yang mengatakan mereka terlalu berlembut dengan pemain.
Atau pemain kita mempunyai sindrom 'Superstar' dalam diri sehingga tidak mahu mendengar arahan dari jurulatih dan analis?
Nantikan susulan artikel seterusnya mengenai pandangan jurulatih luar mengenai jurulatih dari negara kita.