OUR STREAMERS

MLBB: Peminat Gusar Prestasi RRQ Hoshi Selepas Tumbang!

Posted by Nadzreen on October 25, 2022

Setiap pasukan sudah pastinya mempunyai peminat setia yang akan sentiasa tidak kira menang atau kalah. Jangan ketika menang menyokong dan bila kalah mengeji.

Itulah lumrah, tidak kira apa jenis sukan yang dipertandingankan, jika kalau sudah pasti pemain akan dikecam malah pihak pengurusan juga dipersalahkan.

Sehingga ada yang meminta pemain dibuang dan digantikan pemain lain. Jelas perkara ini harus diperhalusi kerana ianya akan membiak seperti cendawan yang tumbuh dan ianya memberi impak buruk.

Mentaliti sebegini harus dibuang atau 'dilenyapkan' terus agar tidak menjejaskan ekosistem pembangunan e-Sukan ataupun mana-mana sukan lain.

Namun baru-baru ini, kekalahan RRQ Hoshi ditangan Onic Esports memberikan tamparan besar kepada peminat mereka apabila dijangkakan mampu menumpaskan lawan mereka di Grand Finals MPLID10.

Kebangkitan 'KING OF HEAVEN' untuk mengekalkan tahta mereka wajar mendapat pujian selepas persembahan yang sangat konsisten sepanjang MPL Indonesia Musim 10.

Kedua pasukan berjaya melayakkan diri ke M4 dan bakal beraksi di tanah air mereka sendiri yang pastinya mahu membuktikan pada dunia mereka adalah pasukan terhebat.

Highlights

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)