
MLBB: "SAYA KURANG BERSETUJU DENGAN PENYERTAAN DARI NEGARA LAIN!" IKUTO.
Itu luahan Ikuto atau Radzi Rahman, Pengurus Pembangunan E-Sukan Todak mengenai penyertaan pasukan dari benua lain yang bakal beraksi di MSC2023 selepas pengumuman dari pihak Moonton.
"Hilang eksklusif pertandingan, yang sepatutnya bertanding adalah pasukan dari rantau Asia Tenggara dan jika benua lain juga menyertai hilang serinya," katanya.

Menurutnya, Malaysia juga turut kehilangan satu slot yang semestinya memberi tamparan buat pemain dan pasukan.
"Kemasukkan pasukan dari benua lain juga mampu memberikan tentangan besar buat pasukan tanah air dan bakal memberi tekanan pada pemain.
"Nama pertandingan ini perlu diubah dan bukanya MSC2023 lagi kerana sudah tidak relevan apabila pasukan dari luar benua menyertainya," katanya.
Walau bagaimanapun, dia akur dengan keputusan itu dan MPL Malaysia hanya mendapat satu slot memandang perkara itu lebih positif untuk peningkatan pasukan Malaysia.
"Bila mengetahui perkara itu, saya memandang positif dan musim ini pasti akan lebih sengit. Pastinya semua pasukan akan bermain lebih bersungguh pada musim ini untuk menjadi juara dan layak ke MSC2023," katanya.