OUR STREAMERS

MLBB: "Tak Nak Pisang Berbuah Dua Kali", Abang Lord MAB Esports!

Posted by Nadzreen on June 30, 2022

Tidak mahu perkara sebelum ini terjadi lagi. Itulah luahan Pengasas MAB Esports, Abang Lord atau nama sebenarnya Danial Aizat Rames Abdullah, 47, berkenaan perkembangan pasukannya yang akan beraksi pada peringkat qualifier MPLMYS10 tidak lama lagi.

Persediaan pasukan yang masih belum lengkap dengan tanda tanya siapakah pemain yang akan bermain pada role Jungler.

Pencarian role Jungler buat pasukan itu masih dijalankan sehingga hari ini.

"Buat masa sekarang, masih tiada lagi pemain yang bermain role Jungler ini melepasi 'standard' yang diinginkan.

"Tak nak jadi macam dulu. Saya mencari pemain yang betul-betul mempunyai 'standard' MPL," katanya.

Kelmarin, kecoh mengenai bekas pemain Todak, Muhammad "Ajiq" Amirul Raziq atau Ajiqtusok yang di lihat berada di gaming house MAB seperti 'petanda' bakal bersama dengan pasukan ini.

Ujarnya, kehadiran pemain berkenaan adalah mencuba tryout yang diadakan selama tiga hari.

"Ajir, free ejen dan dia datang untuk tryout. Adakah dia pemain yang bakal melengkapkan pemain MAB masih dalam percubaan sehingga esok," katanya.

Menurutnya, dengan kehadiran jurulatih baru ini akan ada kelainan yang bakal ditonjolkan.

"Coach masih dalam keadaan menyesuaikan diri dan sudah menjalankan tugas yang diberikan buat pasukan," katanya.

Selain itu, ditanyakan siapa yang akan menjadi pesaing buat pasukan MAB Esports pada peringkat qualifier ini jawapan adalah Team Haq Esports.

"Empat pemain mereka merupakan bekas pemain untuk pasukan Orange Esports yang berjaya ke MSC2022 baru-baru ini dan mereka merupakan pesaing utama selain dari pasukan Geeks Fam," katanya.

Highlights

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)