OUR STREAMERS

MLBB: "Tak perlu gentar dengan pasukan kami!" THQ Pabz.

Posted by Nadzreen on July 13, 2022

Itulah kata-kata yang dilontarkan jurulatih THQ, Pabz ketika dihubungi berkenaan pasukannya yang layak ke musim liga MPLMYS10.

Menurutnya, dia berkata pemainnya sangat teruja sejurus berjaya melayakkan tempat ke musim liga.

"Kami memang mahukan pasukan ini layak dan Alhamdulillah berjaya. Bukan mudah untuk kami melayakkan diri kerana begitu banyak pasukan yang bagus harus kami tempuh.

"Pemain juga sangat konsisten dengan corak permainan yang ditonjolkan," katanya.

Dia berkata untuk membawa nama pasukan THQ ini adalah satu penghormatan buat dirinya dan juga pemain.

"Pemain sudah bersedia untuk menempuhi musim liga dan perlu perbaiki dari segi mekanik dan juga kesefahaman dalam permainan," katanya.

Pasukan THQ dan Team Lemah berjaya memasuki musim liga MPLMYS10 kali ini.

Highlights

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)