OUR STREAMERS

MOBILE LEGENDS: PENAMPILAN ISTIMEWA BADANG, BRODY VALIR DAN AAMON, DI TIN MINUMAN NESCAFE  

Posted by Nadzreen on June 20, 2022

Adakah anda sudah mengumpul koleksi tin edisi terhad yang menampilkan watak permainan Mobile Legends pada varian NESCAFÉ ‘Original’?

Setiap tin NESCAFÉ x Mobile Legends edisi terhad sekarang ini boleh dibeli secara eksklusif di tiga peruncit khusus di seluruh negara: Koleksi Badang di kedai 7-Eleven, koleksi Brody di stesen minyak Petronas, koleksi Valir di stesen Shell sementara stok masih ada, dan sementara itu,  koleksi Aamon sudah boleh didapati di kedai-kedai yang berdekatan anda! 

Penyertaan NESCAFÉ RTD ke dalam Esports dengan Facebook Gamers dan dan pasukan permainan Mobile Legends, SMG telah membuktikan kejayaan dan menjadikannya salah satu jenama kopi pertama yang melakukannya dalam komuniti sukan berkenaan.

April Wong, Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan Sedia-Untuk-Diminum, Nestlé (Malaysia) Berhad, berkata pengikut Esports di Malaysia memang sangat besar terutama dalam kalangan masyarakat belia di dalam negara kita dan pendemik membuatkan ia berkembang dengan lebih pesat.  

"Pelancaran tin edisi terhad NESCAFÉ x Mobile Legends bertujuan untuk menawarkan kedua-dua pemain dan peminat merasai pengalaman unik, dalam dan luar waktu permainan yang popular itu,” katanya.

Highlights

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)