
MPL-MY S8: Siapa layak menjadi MVP musim ini? LinkEzaa atau Chibi?
Siapakah yang bakal menjadi MVP pada musim ke 8 ini? Adakah LinkEzaa dari Orange Esport atau Chibi dari Homebois akan dinobatkan sebagai MVP musim ke-8? Mari kita saksikan 'KEJUTAN' meta pada minggu ke 6.
Mampukah LinkEzaa membuat kejutan lagi dengan menjadi MVP pada perlawanan di minggu ke enam ini? Adakah pihak lawan akan 'ban' Alucard dalam pemilihan draft nanti. Sama-sama kita nanitkan.

LinkEzaa kini berada ditangga pertama carta MVP manakala Chibi ditangga kedua. Jarak antara kedua pemain ini dipisahkan 10 mata sahaja.
LinkEzaa seperti yang diketahui baru berusia 16 tahun tapi cara permainan ditonjolkan sangat matang dan memahami apa keperluan dalam pasukannya.
Manakala Chibi pula sentiasa konsisten dalam persembahannya sehingga pihak lawan menjadi lumpuh dan tidak mampu membuat apa-apa.
MPL MY liga musim yang ke-8 sudah di minggu yang ke-6!
Hari Pertama Minggu Ke-6
RSG MY bertemu dengan Homebois!! ??
Jadual:
⏰ 3:00PM | RSG MY VS HOMEBOIS
⏰ 5:00PM | ORANGE ESPORTS VS GEEK FAM

Hari Kedua Minggu Ke-6
EBLZ akhirnya berjaya menang 1 perlawanan. Tetapi , bagaimana pula dengan prestasi perlawanan mereka hari ini?
Jadual:
⏰ 1:00PM | SDGR EA EBLZ VS TEAM BOSSKURR
⏰ 3:00PM | TEAM SMG VS HOMEBOIS
⏰ 5:00PM | SUHAZ ESPORTS VS RED ESPORTS

Hari Terakhir Minggu Ke-6
Suhaz Esports bertemu Todak! Siapa raja lautan sebenar?
Jadual:
⏰ 1:00PM | SDGR EA EBLZ VS GEEKFAM
⏰ 3:00PM | TEAM SMG VS RED ESPORTS
⏰ 5:00PM | SUHAZ ESPORTS VS TODAK

Pasukan mana akan tersungkur dan pasukan mana akan memperoleh mata penuh minggu ini? Jangan lepaskan aksi menarik dari pasukan kegemaran anda.