OUR STREAMERS

MPL MY S8: TEAM SMG JUARA MPL MY S8 'TUNDUKKAN' TODAK.

Posted by Nadzreen on October 17, 2021

Pasukan SMG melakar sejarah tersendiri apabila dinobatkan Juara MPL MY S8 sebentar tadi selepas menewaskan pasukan Todak dengan keputusan 4-0.

Corak permainan SMG pada perlawanan pertama dan kedua sangat agresif dan mengagumkan dimana pasukan Todak seperti hilang arah pada setiap perlawanan.

Pasukan SMG membawa pulang wang tunai sebanyak 100,000 USD dan turut melayakkan tempat ke Kejohanan Dunia Mobile Legends: Bang Bang, M3 yang bakal berlangsung pada Disember ini.

Pemain Team SMG, Sasa turut dinobatkan MVP pada perlawanan Grand Final ini.

Sasa berkata kejayaan ini adalah kejayaan pasukannya dan kejayaan ini akan kami bawa bersama untuk M3 nanti.

"Kami ingin menikmati kemenangan ini dan pastinya kami ingin membuktikan pasukan kami layak untuk berada di M3,"katanya.

Ditanyakan adakah disebabkan pasukan Todak bermain di lower bracket dan mereka kelihatan kurang menyengat dan keletihan.

"Jika anda tidak mahu bermain secara lama anda perlu berada di upper bracket dan inilah hasilnya." katanya.

Pasukan SMG dan Todak layak mewakili Malaysia untuk mengharungi pertempuran Kejohanan Dunia MLBB M3 Disember ini.

Highlights

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram