OUR STREAMERS

MPLMYS10: Caracal 'Sauk' D'Ace, Eavy Dan Aj; Born 'Berehat' Dah Habis!

Posted by Nadzreen on August 25, 2022

Minggu ke-4 bakal bermuka esok hari, lima pemain diumumkan ketika jendela perpindahan masih dibuka.

Tiga pemain D'Ace, Eavy dan Aj kini bersama dengan pasukan baru mereka, Caracal dilihat mampu untuk meneruskan perjalanan pasukan berkenaan yang dilihat agak 'tempang' sepanjang tiga minggu ini.

Seperti diketahui minggu ini dan seterusnya merupakan minggu penting buat semua pasukan untuk memastikan mereka berjaya ke peringkat Playoffs nanti.

Semua pasukan dilihat masih berpontensi untuk melayakkan diri kerana perbezaan mata tidak terlalu jauh dan ini minggu ini sudah pastinya bakal menjadi penyuntik buat mereka untuk meneruskan perjuangan.

Pemain Orange Esports, Born kini habis berehat dan sudah pasti pasukan Orange Esports 'pening kepala' kerana pasukan ini sedang 'win streak' dan adakah mereka akan menukar barisan pemain yang sedang konsisten?

Adakah dengan kembalinya Born menjadi perdebatan antara pasukan Orange Esports atau bakal ada kejutan yang mereka akan perlihatkan buat semua peminat MLBB.

Highlights

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)