OUR STREAMERS

MPLMYS10: 'HATE' pemain pertama Filipina berkelana di Malaysia!

Posted by Nadzreen on July 17, 2022

Desas desus mengenai pemain yang bakal beraksi bersama pasukan SMG kini terjawab apabila pasukan itu mengumumkan pemain baru dari Filipina akan bersama mereka pada MPLMYS10.

Pasukan SMG juga turut melepaskan Stormie, Subway, Lyzerg, Wynn dan XpDEA untuk membentuk pasukan baru.

Ternyata musim ini pemain Filipina berkelana luar dari negara mereka yang dipercayai menerima tawaran lumayan dari pasukan asing.

Rata-rata pemain Filipina mula mendapat perhatian pasukan dari luar dan beberapa pemain turut berkelana ke pasukan Indonesia.

Hate atau nama sebenarnya Jaylord Gonzales sudah pun menandatangani kontrak bersama pasukan SMG dan bakal beraksi pada musim liga yang dijangkakan akan bermula awal bulan 8 ini.

Adakah kemasukan pemain dari Filipina ini akan membantu pasukan bekas juara MPLMYS8 ini bagi melayakkan diri ke Playoffs?

Ini menunjukkan pasukan dari Malaysia juga mampu mendapatkan pemain luar kerana bakat mereka yang ditagih.

Highlights

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)