OUR STREAMERS

MPLMYS10: "Kalau Patah Sayap Rajawali, Bertongkat Jua Kanda Kemari," Dato' M Nasir!

Posted by Nadzreen on July 28, 2022

Itulah antara dialog istimewa Dato M.Nasir yang sering bermain dibibir peminatnya dalam filem Puteri Gunung Ledang.

Namun apa yang menggemparkan industri e-Sukan hari ini adalah dengan pengumuman dari RSG Malaysia apabila memuatnaik status Selamat datang kepada salah seorang player flex role kami Dato' M Nasir dan gambar seniman terkenal itu akan bersama pasukan RSG Malaysia MLBB pada musim kali ini.

Dengan menggunakan IGN Sifu sudah pasti rata-rata peminat tidak sabar dengan pendedahan dari pasukan RSG Malaysia.

Penglibatannya pada dunia seni, seorang lagenda, seorang ikon negara, dan sekarang, sebagai player MLBB RSG sudah pasti mampu membuka mata pelbagai pihak.

Lagu MENTERA SEMERAH PADI! sememangnya sinonim dengan semangat juang seorang pahlawan yang ingin menewaskan musuh mampu memberi semangat kepada semua pemain yang bakal beraksi pada musim ini.

Highlights

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)