OUR STREAMERS

MPLMYS10: Pasukan mana yang akan beraksi di M4 Jakarta, Indonesia?

Posted by Nadzreen on September 27, 2022

Adakah kita bakal melihat juara baru atau pasukan bekas juara bakal mengulangi kejayaan mereka?

Pasukan Todak seperti diketahui adalah pasukan yang ingin mengejar gelaran pasukan juara bertahan dan menjadikan pasukan mereka juara tiga kali MPL Malaysia.

Pasukan RSG MY dan Team SMG pula ingin mendapatkan gelaran kedua buat pasukan mereka.

Manakala pasukan yang boleh dikatakan pendatang baru juga menginginkan gelaran juara buat kali pertama seperti pasukan Team Haq, Red Esports, Homebois dan Team Lunatix.

Di Upper Bracket Todak yang berada di kedudukan pertama Kumpulan A akan bertemu dengan Homebois yang berada di kedudukan kedua kumpulan B.

Orange Esports yang mendapat tempat pertama kumpulan B akan menentang Team HAQ yang berjaya meraih kedudukan kedua kumpulan A.

Manakala di Lower Bracket, Tempat ketiga kumpulan A iaitu RSG MY akan berjumpa dengan pasukan baru musim ini, Team Lunatix yang berjaya mengakhiri kumpulan B di kedudukan keempat.

RED Esports yang berada di kedudukan ketiga kumpulan B akan bertemu tempat keempat kumpulan A iaitu Team SMG.

Siapa yang akan menjadi Juara MPL MY S10 sekaligus mewakili Malaysia ke M4? Playoff MPL Malaysia S10 akan berlangsung pada 13 hingga 16 Oktober 2022.

Highlights

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)