OUR STREAMERS

MPLMYS10: Perjalanan Team Suhaz Dan Team Caracal Terhenti!

Posted by Nadzreen on September 26, 2022

Berakhirnya Musim Liga MPLMYS10 semalam, dimana dua pasukan tidak dapat meneruskan perjalanan mereka ke peringkat Playoffs.

Dua pasukan itu, Suhaz Esports dan Team Caracal tersingkir dengan kutipan mata yang rendah dengan kekalahan yang banyak diperolehi.

Berdasarkan prestasi dipemerkan kedua pasukan tidak menunjukkan sebenar mereka walaupun beberapa pemain baru dimasukkan pada jendela perpindahan dibuka.

Namun pujian harus diberikan buat mereka kerana mempamerkan semangat juang yang tinggi dan tidak mudah putus asa.

Tiada jalan singkat dan mudah buat kedua-dua pasukan berkenaan yang seharusnya memperbaiki lagi corak permainan dan strategi bagi mengharungi musim hadapan.

Peringkat Playoffs akan bermula pada 13 Oktober ini dimana 8 pasukan akan berentap untuk bergelar Juara Mplmys10.

Highlights

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)