OUR STREAMERS

MPLMYS10 PLAYOFFS: CERITA DONGENG JADI KENYATAAN! TEAM HAQ JUARA MPLMYS10.

Posted by Nadzreen on October 16, 2022

Siapa yang menjangkakan pasukan rookie Team Haq mampu memecah dominasi pasukan Todak yang sememangnya dijangkakan menang mudah menentang pasukan mereka.

Team Haq bermula dengan sangat baik dengan mendapatkan dua game awal namun seperti diketahui pasukan Todak mampu membuat comeback dengan mengikat kedudukan dua sama.

Pada perlawanan kelima mereka bangkit semula dengan pengunaan Diggie dan Lolita sangat baik sehingga mendapatkan kemenangan yang sangat diperlukan.

Penggunaan Eudora Minn memberikan kejutan kepada pasukan Todak sehingga tidak mampu untuk memberi tekanan pada Team Haq.

Menurut Coach Pabz, pasukannya itu layak menang kerana kesungguhan pemain yang tidak henti berusaha untuk menjadi juara.

"Kami tetap tenang dan mengharungi perlawanan sebaik mungkin walaupun pasukan mereka (Todak) bangkit pada perlawanan ketiga dan keempat.

"Pada perlawanan kelima, pemain reset semula dan bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan," katanya.

Dia akan mengekalkan pemain yang sedia ada untuk mengharungi M4 dan tiada perubahan akan dilakukan buat masa sekarang.

"Dengan mentaliti begini dan pemain memahami apa yang perlu dilakukan, pastinya akan ada kelainan yang akan kami pamerkan di M4 nanti.

Pabz berkata, pasukan dia ingin bertemu adalah pasukan RSG PH dan Omega demi misi membalas dendam.

Highlights

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)