OUR STREAMERS

MPLMYS10 Playoffs: Kami Mahu Jumpa Pasukan Orange Esports! - Mom Red Esports

Posted by Nadzreen on October 13, 2022

Kejutan pada hari pertama, pasukan Red Esports membuktikan mereka mampu memberikan kejutan kepada bekas juara MPLMYS8 SMG 2-1 dengan kebangkitan mengejutkan pada braket bawah.

Perlawanan penentuan begitu sengit sehingga lima kali lord dan pasukan Red berjaya mendapatkan lord terakhir yang memberi kelebihan kepada mereka.

Apa yang boleh dikatakan pemain Red Esports bermain sangat berdisplin dan tahu apa yang mereka lakukan.

Menurut Ash, penggunaan Marksman di 'mid lane' adalah percaturan mereka yang baru berdasarkan pemerhatian terhadap corak permainan pasukan dari luar.

"Kami cuba perkara baru dan mendapat inspirasi dari pasukan luar dan tidak perlu sebut pasukan mana," katanya.

Ditanyakan kepada Mom pasukan mana yang mereka mahu temui pada peringkat seterusnya dan ini jawapannya.

"Orange Esports merupakan 'King Of Group B' dan kami ingin membalas dendam kekalahan dengan mereka," katanya.

Pasukan Red Esports akan menentang pasukan dari yang tewas di braket atas sama ada Orange Esports atau Team Haq.

Highlights

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)