
MPLMYS10 PLAYOFFS: Lebih 10,000 Peminat 'Gamatkan' MPLMYS10; Cetus Fenomena Baru!
Penantian lebih 10,000 ribu penonton membanjiri Quill City Mall bagi menyaksikan pasukan yang bertanding pada Playoffs dan Grand Final mencetus fenomena dan sejarah baru buat MPLMYS10.
Kehadiran dua pasukan Grand Final bersama kereta mewah disambut ribuan peminat dari kedua-dua pasukan sejak jam 11 pagi ternyata memberikan gambaran acara sebegini masih mendapat sambutan peminat.
Acara karpet merah MPLMYS10 dimeriahkan dengan kehadiran KOL dan personaliti e-Sukan yang turut hadir bagi memberi sokongan kepada para pemain.
Fikri Rizal Mahruddin, Ketua Pemasaran MPL Malaysia, MOONTON Games berkata kehadiran peminat membanjiri kawasan pentas utama mengembalikan nostalgia sebelum pendemik melanda.
"Boleh dikatakan lebih 10,000 peminat hadir dari hari pertama Playoffs sehingga Grand Finals dan mengembalikan nostalgia sebelum ini di mana musim pertama kejohanan ini diadakan.
"Peminat sangat teruja sehingga ruangan kawasan pentas dari tingkat bawah sehingga tingkat enam penuh dengan peminat yang mahu menyaksikan secara langsung," katanya.
Dia berkata, rekod tontonan tertinggi sebelum ini dipecahkan dengan jumlah tontonan tertinggi sebanyak 230,609 tontonan pada Grand Finals.
"Ini merupakan rekod tontonan tertinggi dan satu peningkatan dari musim sebelumnya," katanya.
Peminat dikenali sebagai Hakim berkata, dia datang awal bagi mengelak kesesakan lalu lintas dan tidak mahu beratur panjang untuk masuk.
"Terkejut dengan kehadiran ramai penonton dan memang teruja. Datang dengan kawan-kawan yang biasanya memang main MLBB.