OUR STREAMERS

MPLMYS10 Playoffs: "Mereka terlalu memandang rendah saya! -Valenz Orange Esports

Posted by Nadzreen on October 14, 2022

Terlalu fokus kepada Valenz memberikan kelebihan kepada pasukan Orange Esports mendominasi permainan mengatasi Team Haq.

Orange Esports menundukkan Team Haq 2-0 pada perlawanan upper bracket pada perlawanan pertama hari kedua MPLMYS10 Playoffs.

"Pemain bermain mengikut arahan dan melakukan apa yang sepatutnya. Jangan melakukan kesilapan kecil kerana boleh memberi kelebihan kepada lawan.

"Mereka bermain dengan agresif dan kami hanya menantikan masa yang sesuai untuk bertindak," katanya.

Dia berkata, berterima kasih dengan sorakkan Ultras Team yang turut memberikan semangat kepada pasukan mereka.

"Cubaan sorakkan Ultras Team Haq untuk 'menganggu' tidak memberi apa-apa malah kami enjoy dengan sorakan mereka," katanya.

Ditanyakan, bakal berjumpa pasukan Juara MPLMYS9 Todak dan ini jawapannya.

"Kami akan bermain mengikut cara kami dan sudah pasti mereka juga akan mengeluarkan meta yang lain.

"Tunggu apa yang bakal kami tonjolkan untuk perlawanan itu nanti," katanya.

Highlights

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)