OUR STREAMERS

MPLMYS10: Todak Impikan Kejuaraan 'B2B' Bersama Rival!

Posted by Nadzreen on July 17, 2022

Desas desus siapa bakal pengganti bekas Jungler Todak AjiqTusok kini terjawab apabila pasukan Todak mengumumkan Rival sebagai Jungler terbaru mereka pada musim ini.

Dalam satu posting mereka di Facebook, mereka mengumumkan pemain terbaru mereka yang bakal membantu pasukan untuk mengulangi kejuaraan mereka pada musim lepas.

Masih mengekalkan pemain yang sama sebelum ini, dan musim kali ini Yums akan menjadi kapten pasukan seperti yang diberitahu sebelum ini.

Rival merupakan pemain keenam di dalam roster Todak bagi musim ini pastinya bakal meningkatkan lagi semangat team serta kesemua peminat Todak di luar sana.

Mampukah Todak mengulangi kejuaraan sebelum atau penguasaan mereka bakal dihalang pasukan lain?

Apa pun sudah pastinya peminat pasukan Todak tidak sabar untuk menyaksikan aksi Jungler baru mereka.

Highlights

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)