OUR STREAMERS

MPLMYS8: Dominasi pasukan 'Otai'; pasukan 'Newbie' perlu bangkit

Posted by Nadzreen on August 17, 2021

Minggu pertama MPL MY S8 penuh dengan drama dimana pasukan-pasukan 'Otai' mempamerkan aksi 'Play Safe' berkemungkinan mahu melihat kemampuan pasukan lain kerana masih berada di awal persaingan.

Namun tidak kurang juga dengan pendatang baru EBLZ yang membuktikan mereka perlu diberi perhatian oleh pasukan lain walaupun tewas dua perlawanan pada minggu pertama. Corak permainan mereka masih menjadi tanda tanya pasukan lain kerana kemampuan mereka masih lagi samar-samar.

Apa yang menarik pada minggu pertama??

Hari pertama perlawanan menyaksikan di mana pasukan EBLZ membuat debut pertama mereka dengan memberi saingan yang sengit kepada pasukan Suhaz Esports.

Pada perlawanan kedua dimana Homebois menewaskan Bosskurr dengan kemenangan 2-1.

Pada hari kedua perlawanan yang menjadi tumpuan adalah diantara Geek Fam dan TODAK di mana Lilbee yang dikejar Ciku berjaya menyelamatkan diri tetapi nasib tidak menyebelahi Moon dan menyebabkan terperangkap dengan taktikal Geek Fam!. Pengunaan
terlalu Esmeralda terlalu Imba.Adakah pasukan yang bertanding akan ban Esmeralda?

Walau bagaimanapun perlawanan sengit berlaku, TODAK berjaya menumpaskan Geek Fam 2-1.

Pada hari kedua juga pertembungan antara RSG MY dan Suhaz dimana kedua pasukan ini berada top 1 dan 2 pada peringkat kumpulan dan aksi yang memukau ditonjolkan pasukan RSG MY berjaya menumpaskan Suhaz 2-0.

Hari terakhir minggu pertama menyaksikan Kill demi Kill daripada kedua-dua pasukan Orange Esports dan EBLZ! Pertarungan yang amat sengit menyebabkan perlawanan kedua mereka mendapat mata seri dan bertarung untuk pusingan ketiga.

Permainan yang sangat baik dengan Stunt yang dikenakan kepada Kuz4 penyebab Kuz4 mati sekali gus! dan pada masa itu, permainan Sori Selena sangat baik dengan BS menjatuhkan Harley.

Perlawanan berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Orange Esports 2-1.

MVP untuk minggu yang pertama adalah CHIBI dari pasukan HOMEBOIS.

kredit MPL Malaysia

Jangan lupa untuk sentiasa bersama dengan eGG Network untuk info dan perkembangan terkini MPLMYS8.

Highlights

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram