OUR STREAMERS

MPL-MY S8: Geek Fam 'Jinakkan' Team Bosskurr dan Homebois

Posted by Nadzreen on August 23, 2021

Nampaknya pasukan Geek Fam mula menampakkan 'Taring' mereka apabila berjaya menumpaskan dua pasukan Team Bosskurr dan Homebois pada minggu kedua.

Penguasaaan perlawanan ditonjolkan pemain-pemain Geek Fam ternyata membuahkan hasil berjaya memperoleh kemenangan 2-0 terhadap kedua-dua pasukan lawan.

Hari ketiga minggu kedua menampakkan Geek Fam berkeyakinan tinggi untuk mengalahkan pasukan Team Bosskur dan merupakan perlawanan tumpuan.

'Damage' yang diberikan Lunox Dominus terhadap Team Bosskur memberikan impak kepada semua. Menyebabkan Team Bosskur tewas dalam pertarungan berpasukan. Menyebabkan Team Bosskur sukar untuk melawan semula Geek Fam.

Mampukah pasukan Geek Fam mengekalkan prestasi cemerlang mereka pada minggu ketiga nanti? Sama-sama kita nantikan.

Hari kedua minggu kedua dimana pasukan RSG MY 'terciduk' dengan pasukan Orange 0-2.

Comeback Orange Esports yang sangat mengejutkan! Hayabusa LinkEzaa yang menyapu kesemua team RSG MY dalam masa beberapa saat, Iris Ruby juga memberikan impak damage yang besar terhadap team RSG MY, walaupun Kaizer Jin cuba counter semula bersama Mom.

Tetapi malang nya nasib tidak menyebelahi mereka. Team fight yang sangat menakjubkan di antara Orange Esports & RSG Malaysia.

Hari pertama minggu kedua kebanyakkan peminat MLBB masih menantikan sesuatu dari pasukan EBLZ yang masih mencari arah dalam pertandingan ini.

Pasukan ELBZ kelihatan masih mencari rentak permaianan pada minggu kedua apabila bersaingan dengan pasukan SMG dan RSG MY.

Jika dilihat pasukan ELBZ mempunyai pemain yang kreatif dalam melakukan serangan mahupun pertahanan namun pengalaman yang ada dalam pasukan SMG dan RSG MY sukar untuk pasukan 'Newbie' untuk menyerlah.

Benedetta Mayoz yang sangat lincah sampaikan susah untuk ditangkap disebabkan pergerakannya, tapi malangnya Mayoz ditumpaskan di tangan Lancelot yang digunakan Deto. Permainan yang sangat menarik namun ELBZ terpaksa akur dengan kekalahan mereka SMG 2 - 0 EBLZ.

Antara perkara menarik yang berlaku sepanjang minggu kedua dimana pasukan RSG MY menewaskan ELBZ kurang dari setengah jam. Adakah pasukan ELBZ terlalu memandang tinggi terhadap pasukan-pasukan yang bertanding atau mereka masih gugup??

Highlights

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram