OUR STREAMERS

MPLMYS9: Caracal dan Homebois kekalkan 'Winrate' 100 peratus; 'Savage' LinkEzaa jadi tumpuan!

Posted by Nadzreen on March 2, 2022

Minggu kedua MPLMYS9 penuh dengan keterujaan yang pastinya menjadi bualan peminat-peminat MLBB.

Pasukan Caracal dan Pasukan Homebois mengekalkan mutu permainan yang mantap dan seolah tidak pasukan dapat mencabar kedua pasukan itu.

Pertembungan antara Homebois dan Orange Esports menjadi tumpuan dan terbukti Homebois menginginkan kemenangan.

Good game dari dua-dua pasukan tapi memang HomeBois on fire! Kemenangan ini memberikan mereka win streak ke-4 dan zero loss!

Savage LinkEzaa ML!!!! Itulah kehebatan 'Raja Assassin' yang kini menjadi perhatian pasukan lain kerana boleh mengucar kacirkan pasukan lawan.

Perlawanan antara Caracal menentang Red Esport dengan penggunaan hero Aulus sebagai 'Jungler' menjadikan perlawanan 'auto' rusuh.

Penggunaan hero Aulus memerlukan LinkEzza mendapatkan seberapa banyak dan cepat 'buff' bagi menaikkan level dan mendapatkan item.

Ternyata pemilihan hero itu tepat buatnya sehingga berjaya mendapatkan Savage bagi dan mengakhirkan perlawanan.

Mampukah LinkEzza meneruskan corak permainannya dan adakah pasukan lawan akan lebih mengawasinya selepas ini?

Jangan lupa untuk bersama eGG Network untuk perkembangan MPLMYS9.

Highlights

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram