OUR STREAMERS

MPLMYS9: Homebois, Caracal 'Tagih' kemenangan; Todak SMG misi kukuhkan penguasaan

Posted by Nadzreen on April 20, 2022

Pastinya anda peminat MPLMYS9 tidak sabar untuk menyaksikan perlawanan hari pertama Playoff MPLMYS9 yang bakal membuka tirainya.

Tiga perlawanan diantara enam pasukan bakal mengamitkan suasana pada esok hari dengan kedatangan peminat dan penonton di Quill City Mall.

Dua perlawanan di braket bawah akan bermula pada jam 1.30 petang di antara Homebois dan Caracal, perlawanan kedua antara Orange Esport dan RSG Malaysia pada jam 4.30 petang dan perlawanan braket atas antara Todak dan SMG pada jam 8.30 malam.

Perlawanan braket bawah antara Homebois dan Caracal sudah semestinya menjadi tumpuan apabila dua pasukan ini sudah semestinya tidak mahu pulang awal dan akan bermain bermatian untuk melayakkan diri ke peringkat seterusnya.

Bagi pasukan RSG Malaysia sudah pastinya mereka menginginkan kemenangan namun dengan prestasi Orange Esports pada minggu terakhir musim liga harus diberi perhatian.

Di braket atas pertembungan antara Todak dan SMG sudah semestinya menjadi tumpuan kerana pertembungan sebelum ini Todak tewas dengan SMG.

Adakah ini perancangan Todak untuk tewas dan bermain di braket bawah?

Highlights

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram