OUR STREAMERS

MPLMYS9: Lambaian 'Terakhir' Geek Fam dan MAB Esports

Posted by Nadzreen on April 11, 2022

Tamat sudah musim liga MPLMYS9 di mana berlakunya kejutan demi kejutan sudah pasti akan diingati peminat Mobile Legends: Bang Bang.

Yang paling akan diingati adalah pasukan Geek Fam tersingkir dari playoffs dan ini merupakan kali pertama mereka tidak dapat meneruskan perjuangan mereka sejak dari musim kedua sehingga musim ini.

Prestasi mereka musim ini agak mengecewakan dengan berlaku drama panas terhadap pasukan mereka juga sedikit sebanyak dipercayai menganggu tumpuan mereka.

Jelas terpancar kekecewaan dari wajah pemain Geek Fam pada perlawanan terakhir mereka semalam walaupun menang 2-0 terhadap pasukan SMG.

Adakah ini petanda pasukan Geek Fam bakal melakukan rombakkan besar-besaran pada musim hadapan?

Selepas perlawanan semalam Maima ditanyakan soalan mengenai situasi Geek Fam dan memohon maaf pada peminat mereka kerana tidak dapat meneruskan ke Playoffs.

Maima turut menyatakan tiadanya pemain lama seperti Dominus dan Xorn Geek tiadanya pemain baru. Mungkin ini adalah era baru bagi pasukan Geek Fam.

Sementara itu, bagi pasukan yang terpalit kontroversi sebelum ini MAB Esports, mereka sudah melakukan sedaya upaya mereka untuk berada di MPLMYS9.

Mungkin kerana kurang pengalaman untuk bersaing pada MPL pada kali pertama, namun pujian harus diberikan kepada mereka kerana bersaing.

Adakah anda sudah bersedia untuk MPLMYS9 Playoffs pada 22-24 April ini.

Highlights

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram