OUR STREAMERS

MPLMYS9: Minggu Terakhir Dan Peluang Terakhir Untuk Ke Playoffs

Posted by Nadzreen on April 4, 2022

Keterujaan semakin terasa apabila musim liga bakal melabuhkan tirainya minggu ini dan pasukan mana yang akan melangkah ke peringkat Playoffs.

Juara Mplmys8, Team SMG membuktikan mereka adalah pasukan yang perlu diberi perhatian oleh pasukan lain selepas menewaskan Red Esports 2-0.

Tertanya Team SMG ingin membuktikan mengapa mereka layak bergelar juara pada musim lepas dan pada musim kini mereka masih mengekalkan 'sengatan' seperti musim lepas.

Bagi Orange Esport pula, mereka sedang mencuba mencari peluang untuk melayakkan diri ke Upper Bracket Group A dengan kemenangan 2 - 1 ke atas Team Caracal!

MVP untuk minggu ini juga diberikan kepada pemain Orange Esports, Minnn Gaming dengan gelaran “Forgotten One”, dia juga berjaya mendapatkan KDA keseluruhan sebanyak 1/14/39!

Ternyata pasukan RSG Malaysia tidak mahu mengambil risiko apabila mengekalkan rentak kemenangan mereka dengan berjaya menewaskan HomeBois 2 - 1.

Buat HomeBois pula, mereka masih berpeluang untuk ke playoffs dalam pertarungan empat hala bersama Orange Esports, Suhaz Esports dan MAB Esports! Mampukah mereka untuk berada dalam playoff nanti? Sama-sama kita nantikan.

Highlights

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram