OUR STREAMERS

MPLMYS9: Orange Esports masih berpeluang selepas 'Langgar' TODAK

Posted by Nadzreen on March 28, 2022

Orange Esports 'The Giant Killer' memperoleh kemenangan 'clean sweep' terhadap TODAK dan nampaknya harapan untuk ke playoffs tidak terhenti disini!

Rata-rata peminat yang menyaksikan perlawanan itu beranggapan pasukan Todak akan menang mudah namun tanggapan itu meleset dan ternyata kejutan demi kejutan diberikan pada MPL kali ini.

Kedua-dua perlawanan itu dilihat ketika draft pick, pasukan Orange Esports memahami apa yang mereka perlu lakukan ketika menentang pasukan Todak.

Pasukan Todak seperti biasa mempamerkan corak permainan agresif namun dengan pemilihan hero yang tepat mereka dapat untuk 'counter' hero pasukan Todak.

Corak pemainan yang sentiasa menunggu pasukan lawan membuat kesalahan membuktikan pasukan Orange Esport sangat berdisplin dan bukan mudah untuk menundukkan pasukan Todak dengan kemenangan 2-0.

Mereka kini berada di tempat ketiga di Group A dan MVP untuk perlawanan itu diberikan kepada Garyy yang bijak mengawal lane dan sentiasa ada untuk masuk team fight!

Dengan gelaran “Rich Guy” dan “The Carry” serta KDA keseluruhan 19/4/16 penguasaannya pada perlawanan itu sangat luarbiasa.

GG kepada pasukan TODAK, walaupun tewas mereka masih selesa di tempat kedua di Group B! Adakah minggu hadapan akan ada kejutan lagi? Apa pendapat anda?

Highlights

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram