OUR STREAMERS

MPLMYS9: Team Caracal pasukan 'Underdog' gandingan 'RSGxBosskurr'

Posted by Nadzreen on February 14, 2022

Mencari keserasian dalam pasukan bukan mudah. Ianya perlukan masa yang lama untuk menjadikan sebuah pasukan itu kuat dari segi mental dan fizikal.

Namun bagi Team Caracal keserasian itu sudah lama terbina sebelum tubuhnya pasukan ini kerana keakraban mereka walaupun 'bermusuhan' ketika bersaingan untuk menjadi yang terbaik.

Seperti yang diketahui, Team Caracal terdiri dari bekas pemain RSG MY dan juga Team Bosskurr yang masing-masing mempunyai pengalaman yang sangat besar dalam pertandingan kompetitif.

Barisan pemain yang bakal menggegarkan MPLMYS9 ini terdiri Aimmm, Ciwing, Kai, Linkezaa, Logando, -Loleals-, Neooo, dan Zaraki.

Jika diihat barisan pemain ini sudah pastinya akan ada kejutan yang bakal ditunjukkan para pemain Caracal bagi membuktikan mereka layak berada di MPLMYS9.

Dengan adanya, pemain sedang meningkat naik, Linkezaa yang juga pemain Rookie terbaik musim lepas sudah pastinya memberikan satu gambaran, dimana pasukan ini tidak akan memberi peluang mudah kepada pasukan lawan.

Kehadiran coach Kuja yang diketahui umum bakal memberikan impak yang luar biasa kepada pemain dan pasukan ini kerana nasihat dan pengalamannya didalam pertandingan kompetitif sangat ditagih.

Mampukah Team Caracal mempamerkan taring mereka dan menundukkan bekas pasukan mereka sebelum ini.

Jangan lupa untuk mengetahui perkembangan terbaru mengenai MPLMYS9 di eGG.Network.

Highlights

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram