OUR STREAMERS

MPLMYS9: Todak 'Langgar' Juara (MPLMYS9); Orange Esports Terkulai

Posted by Nadzreen on April 24, 2022

Empat berbalas satu. Apa yang boleh dikatakan Todak terlalu kuat untuk Orange Esports.

Serangan dan pertahanan Orange Esports berjaya dilumpuhkan Todak dengan corak permainan yang kita tahui mereka sering melakukan kejutan demi kejutan.

Pada perlawanan pertama pasukan Orange Esports bermula dengan garang dan hampir berjaya untuk menumpaskan Todak. Namun kealpaan pemain mereka memberikan ruang dan peluang kepada pemain Todak.

Kesilapan itu digunakan sebaiknya dan pasukan Todak berjaya untuk memenangi perlawanan pertama.

Di perlawanan kedua pula, Orange Esport menguasai perlawanan dengan 17-7 namun mereka melakukan kesilapan apabila membiarkan Cikugais membuat split push dan melepaskan lord kepada Todak.

Todak membuat kejutan 'comeback' untuk mendapatkan kemenangan perlawanan kedua.

Pada perlawanan ketiga pula, Momo Todak beraksi dengan baik dengan memberi kelebihan kepada pasukan Todak untuk memenangi perlawanan ketiga.

Perlawanan penentuan Best Of 7, diperlawanan ke-4 dan pengunaan Ling Cikugais sangat menyakitkan buat pasukan Orange Esports namun kebangkitan mereka untuk mendapatkan kemenangan akhirnya membuahkan hasil.

Di perlawanan ke-5, perlawanan mata kejuaraan Todak tidak memberikan peluang kepada Orange Esport dan menamatkan kemenangan dengan memberi tentangan kepada pihak lawan.

Tahniah kepada Todak dan tahniah juga buat pasukan Orange Esport yang berjaya melayakkan diri ke MSC2020.

Highlights

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram