Netflix menambah satu lagi anime Spring 2026 ke lineup mereka, dan yang ini memang lain sikit daripada bunyi bising battle shonen biasa. Akane-banashi akan distrim di Netflix bermula 17 Mei, dengan dua episod pertama tersedia sekali bersama English dub dan subtitles.
Anime ini sudah pun bermula di Jepun pada 4 April melalui blok program IMAnimation milik TV Asahi. Di luar Jepun, rollout dia agak luas: siri ini sudah distrim melalui beberapa platform serantau, termasuk Ani-One YouTube untuk sebahagian Asia Pacific kecuali Korea dan China, serta servis seperti Catchplay di Indonesia dan TrueID di Thailand.
Untuk peminat anime Malaysia dan SEA, kemasukan ke Netflix ini penting sebab ia buat show ini jauh lebih senang untuk direkomen. Bukan semua orang nak kejar akses simulcast ikut platform satu-satu, dan Netflix masih antara entry point anime paling biasa dekat sini. Kalau Akane-banashi masuk dengan kemas bersama pilihan English, siri ini mungkin boleh sampai kepada penonton casual yang biasanya skip drama rakugo sebab premis dia bunyi terlalu niche.
Jadi, Akane-banashi ini pasal apa?
Akane-banashi mengikuti Akane Osaki, seorang pelajar sekolah tinggi yang mengejar ranking tertinggi dalam dunia rakugo, seni tradisional Jepun yang berasaskan penceritaan solo. Semasa kecil, Akane sangat terinspirasi dengan ayahnya Shinta Arakawa, yang persembahannya terasa hampir magis bagi dirinya. Tapi ketika percubaan penting ayahnya untuk naik ke tahap shin'uchi, rank master dalam rakugo, Akane menyaksikan satu insiden yang mengubah segalanya.
Enam tahun kemudian, dia membuat keputusan untuk masuk sendiri ke dunia yang sama brutal dan kompetitif itu. Matlamat dia simple tapi gila susah: jadi shin'uchi dan buktikan diri atas pentas rakugo.
Setup inilah yang buat anime ini menarik. Ia bukan jual giant monsters atau tournament arcs dengan cara biasa, tapi masih ada hunger shonen klasik itu: bakat, disiplin, rival, mentor, persembahan depan orang ramai, dan tekanan untuk menguasai satu craft yang memang menghukum kelemahan.
Voice cast dan staff
Barisan cast utama termasuk Anna Nagase sebagai Akane Osaki, Takuya Eguchi sebagai Karashi Nerimaya, Rie Takahashi sebagai Hikaru Koragi, dan Jun Fukuyama sebagai Shinta Arakawa, yang juga dikenali sebagai Tohru Osaki.
Di belakang tabir, Ayumu Watanabe mengarah anime ini di ZEXCS. Kerja lepas Watanabe termasuk Children of the Sea dan Fortune Favors Lady Nikuko, jadi ada sebab untuk expect sentuhan yang lebih thoughtful di sini, bukan adaptasi yang flat. Yu Harima bertugas sebagai assistant director, manakala Kii Tanaka mengendalikan character designs dan chief animation direction. Michihiro Tsuchiya menyelia skrip, Akio Izutsu menggubah muzik, dan Kikuhiko Hayashiya menyelia bahagian rakugo.
Lagu tema juga ada nama besar: Keisuke Kuwata membawakan kedua-dua opening theme Hitotarashi dan ending theme AKANE On My Mind ~ Manjū Kowai, dengan lirik dan muzik yang ditulis khas untuk anime ini.
Kenapa anime ini berbaloi untuk ditonton
Manga oleh Yūki Suenaga dan Takamasa Moue bermula pada Februari 2022, dan Shueisha telah mengeluarkan volume kompilasi ke-21 pada 3 April. Ia sudah pun mendapat pengiktirafan serius, termasuk pencalonan untuk Kodansha Manga Awards dan Manga Taisho pada 2023. Ia juga menduduki tempat keempat dalam senarai pembaca lelaki Kono Manga ga Sugoi! 2023.
Pembaca English boleh mengikuti manga ini melalui servis Viz Media's Shonen Jump dan Shueisha's MANGA Plus, dengan Viz juga menerbitkannya dalam bentuk cetak.
Untuk penonton SEA, Akane-banashi boleh jadi palate cleanser yang nice kalau watchlist korang sudah penuh dengan action, isekai, dan idol shows. Ia masih intense, cuma dengan cara yang sangat manusia. Bayangkan performance anxiety, obsesi terhadap craft, baggage keluarga, dan thrill melihat seseorang cuba menguasai satu bilik hanya dengan kata-kata.
Source: Anime News Network