Anime / ACG

Animasi Pendek KPop Demon Hunters Hint Pertarungan Sekuel HUNTR/X Lebih Besar Daripada Demons

Oleh Aimirul|
Kongsi

Netflix’s KPop Demon Hunters nampaknya sudah mula set stage untuk sekuelnya, dan clue kali ini bukan datang daripada trailer atau pengumuman studio. Ia tersorok dalam animasi pendek baharu yang berkait dengan kolaborasi McDonald’s filem tersebut.

Animasi pendek itu membawa HUNTR/X kembali menjadi tumpuan selepas kejayaan besar filemnya, memberikan Rumi, Mira dan Zoey satu lagi momen persembahan flashy menentang rival demonik mereka, Saja Boys. Dari luar, ia nampak macam brand collab yang fun, dibina sekitar menu item diinspirasikan oleh HUNTR/X dan Saja Boys. Tapi di sebalik semua energy music video itu, ada tease yang agak jelas tentang hala tuju KPop Demon Hunters 2 selepas ini.

Isu utamanya? HUNTR/X mungkin sudah kalahkan demons, tapi untuk kekal disayangi fans ialah boss fight yang lain cerita.

Dalam filem pertama, tekanan emosi itu bukan sekadar pasal membunuh monster. Rumi, Mira dan Zoey memang sangat ambil berat tentang fans mereka, tapi industri hiburan di sekeliling mereka tidak stabil dan kejam. Perhatian fans boleh berubah dengan cepat. Saja Boys menggunakan kelemahan itu, menarik crowd menjauh daripada HUNTR/X dan menggoncang keyakinan kumpulan itu pada waktu paling teruk.

Ini penting sebab Honmoon, barrier pelindung yang menghalang demons, bergantung pada kesatuan. HUNTR/X berjaya menutupnya ialah kemenangan besar, tapi sekuel sekarang ada soalan yang lebih menarik untuk dijawab: macam mana mereka mahu kekalkan connection itu bila fame sentiasa sementara?

Animasi pendek McDonald’s ini membingkaikan perkara itu sebagai satu lagi “Battle For The Fans”, yang jujurnya memang masalah yang sangat K-pop-coded. Dalam budaya fandom sebenar, terutamanya di Malaysia dan SEA, fans bergerak laju. Minggu ini semua orang streaming satu group, minggu depan TikTok, fancams, edits dan hype comeback boleh ubah seluruh conversation. Untuk franchise tentang pop idols melawan demons melalui muzik, itu hook sekuel yang kuat.

Dan paling best, ancaman seterusnya tak semestinya perlu demonik pun. Kalau boy band, girl group atau solo artist baharu naik dan mula memenangi hati public, HUNTR/X tak boleh simply selesaikan masalah itu dengan menghancurkan mereka. Itu membuatkan konflik ini lebih complicated daripada sekuel aksi biasa. Mereka perlukan lagu yang lebih kuat, identity yang lebih kukuh, dan sebab sebenar untuk fans terus stay.

Untuk penonton Malaysia, angle ini patut masuk dengan cukup ngam. Fandom K-pop dekat sini memang loud, teratur dan sangat online, daripada cinema fan screenings ke cafe events dan group orders. Audience SEA faham betapa intense kesetiaan fans boleh jadi, tapi juga betapa cepat hype boleh bergerak. Kalau KPop Demon Hunters 2 lean into benda ini, ia boleh rasa lebih sharp daripada sekadar “demon baharu muncul, heroes lawan lagi.”

Ada juga meta layer di sini. KPop Demon Hunters pertama menjadi kejayaan animasi besar selepas debut di Netflix musim panas lalu, dan sekuelnya sekarang ada masalah yang sama macam HUNTR/X: ia perlu buktikan hype itu bukan miracle sekali sahaja. Lagu lebih besar, persembahan lebih kuat dan story yang boleh berdiri sebaris dengan debut pemenang Academy Award — itu memang tekanan yang gila besar.

Tapi honestly, tekanan itulah yang mungkin membuatkan sekuel ini menarik. HUNTR/X sudah menang stage sekali. Sekarang mereka perlu survive encore.

Sumber: ComicBook Anime

Tag

KPop Demon HuntersNetflixHUNTR/XSony Pictures Animationanime news