Anime / ACG

The Pokémon Company beri amaran kepada pemain TCG selepas gangguan terhadap staf dan judge di Jepun

Oleh Aimirul|
Kongsi

The Pokémon Company telah mengeluarkan amaran baharu kepada pemain Pokémon TCG di Jepun, meminta komuniti berhenti mengganggu staf, judge dan pekerja event sama ada di event fizikal atau online.

Notis itu disiarkan pada 8 Mei melalui laman rasmi Japanese Pokémon TCG Trainers Website. Walaupun syarikat itu tidak mendedahkan insiden tepat yang mencetuskan kenyataan tersebut, mereka berkata terdapat kes melibatkan kelakuan kasar terhadap pekerja dan staf event, termasuk fitnah, ugutan, agresi fizikal dan gangguan terhadap operasi perniagaan.

Pendek cerita: kalau anda marah tentang ruling, isu queue, keputusan event atau hal account, jangan lepaskan pada orang yang uruskan event. Benda basic, tapi nampaknya memang perlu disebut juga.

The Pokémon Company menyenaraikan beberapa jenis kelakuan yang mereka mahu pemain elakkan, termasuk:

  • Agresi secara lisan atau sikap terhadap staf
  • Hinaan, kenyataan diskriminasi atau komen yang menjatuhkan maruah staf
  • Tuntutan tidak munasabah yang melampaui jangkaan sosial biasa
  • Penyalahgunaan atau perkongsian maklumat peribadi staf
  • Tindakan yang mencederakan staf secara fizikal atau merosakkan fasiliti event
  • Kelakuan yang mengganggu servis atau merosakkan pengalaman pemain lain

Syarikat itu juga menjelaskan bahawa ini bukan sekadar cakap kosong. Di bawah Customer Harassment Policy mereka, pemain yang melanggar peraturan boleh dikeluarkan dari venue atau account mereka digantung.

Untuk peminat Pokémon TCG di Malaysia dan SEA, benda ini tetap patut diberi perhatian walaupun pengumuman tersebut khusus untuk Jepun. Scene kad Pokémon telah berkembang besar di seluruh rantau ini, daripada collector casual yang memburu pack sampai pemain kompetitif yang grind local tournament. Bila hype makin tinggi, tekanan pun makin naik: kad mahal, stok terhad, event berhadiah, dispute rules, scalping dan semua drama biasa yang berlaku bila hobi tiba-tiba jadi big money.

Kita sudah nampak bagaimana komuniti trading card boleh jadi messy bila demand meletup. Jepun pernah berdepan masalah scalping dan kelakuan tournament yang buruk apabila populariti Pokémon TCG meningkat. Di Pokémon Yokohama Champions League 2026 yang diadakan September lalu, The Pokémon Company melaporkan kes cheating melibatkan pemain menggunakan stand-in dan memalsukan umur untuk masuk bracket yang mereka tidak layak sertai. Suspension pun menyusul.

Konteks lebih luas juga agak suram. Pada Mac, seorang pekerja meninggal dunia selepas serangan pisau di Pokémon Center Mega Tokyo. Selepas insiden itu, event Pokémon Center di seluruh Jepun dibatalkan sepanjang April, sementara beberapa tournament diteruskan tanpa audience. Jadi bila The Pokémon Company bercakap tentang melindungi keselamatan dan kesejahteraan mental staf, ini bukan sekadar bahasa PR. Syarikat itu jelas sedang berada pada tahap berjaga-jaga yang lebih tinggi.

Untuk pemain di sini, takeaway dia mudah: jangan jadi orang macam itu. Judge dan organiser ialah sebab event boleh berlaku dari awal lagi. Anda boleh appeal ruling, complain tentang logistik atau call out sistem yang teruk tanpa mengugut orang atau menjadikan media sosial sebagai kempen gangguan.

Pokémon TCG berada pada tahap terbaik bila komuniti rasa welcoming — sama ada anda competitor hardcore, parent yang bawa anak ke weekend event, atau sekadar orang yang buka pack untuk fun. Kalau scene ini mahu event lebih besar di Malaysia dan SEA, komuniti juga kena tunjuk yang mereka boleh behave sebagai satu komuniti.

Sumber: Automaton Media

Tag

Pokemon TCGThe Pokemon CompanyTrading CardsJapanEsports