Anime / ACG

Time Crisis Akan Hadir ke PS4 dan PS5 Dengan Gyro Aiming

Oleh Aimirul|
Kongsi

Time Crisis akhirnya kembali ke PlayStation, dan yang ini memang nostalgia kecil yang ngam untuk sesiapa yang membesar dengan arcade shooters atau chaos era PS1.

Time Crisis asal akan ditambah ke lineup PlayStation Plus Classics untuk PS4 dan PS5 pada 19 Mei 2026. Update besar kali ini ialah versi ini akan hadir dengan gyro aim, memberi pemain moden cara baru untuk kawal game yang asalnya dibina sebagai light-gun shooter.

Ini penting sebab Time Crisis bukan sekadar shooting game biasa. Zaman arcade dulu, tarikan utamanya ialah sistem pedal, reaksi pantas, cover mechanics, dan aiming light-gun yang memang puas. Jelas sekali, kebanyakan daripada kita takkan cucuk GunCon ke PS5 pada 2026, jadi gyro aiming mungkin pengganti paling praktikal untuk rasa old-school itu.

Sony dan Bandai Namco masih belum sahkan sama ada motion controls ini akan pergi lebih jauh daripada aiming. Jadi buat masa sekarang, jangan assume akan ada reload, dodge, atau cover movement berasaskan gyro. Feature yang disahkan ialah gyro aim, dan jujurnya, itu sahaja pun sudah buat versi ini lebih menarik daripada port emulasi biasa.

Untuk pemain Malaysia dan SEA, ini salah satu drop PlayStation Classics yang memang terkena memory lane yang sangat spesifik. Time Crisis dulu memang arcade staple dekat sini, terutamanya di mall, game centre, dan pusat hiburan keluarga lama. Walaupun korang tak pernah ada versi PS1, besar kemungkinan korang pernah nampak orang berpeluh main dekat arcade cabinet.

Game ini akan tersedia melalui PlayStation Plus Premium, dengan sumber menyenaraikan pelan langganan sekitar RM85 sebulan. Seperti biasa, pemain Malaysia patut semak PlayStation Store tempatan sebab nama tier PS Plus dan harga boleh berbeza ikut region. Di sesetengah pasaran, classics diikat pada branding tier yang berbeza, jadi jangan ikut label US secara membuta tuli.

Ada juga berita baik untuk pemain yang lebih suka memiliki game berbanding menyewanya melalui langganan. Seperti beberapa release PlayStation Classics sebelum ini, Time Crisis dijangka akan dijual secara berasingan di PlayStation Store selepas ia tiba melalui service tersebut.

Dari segi content, release ini bukan hanya akan sertakan base game. Sony turut mengesahkan bahawa stage extra mission Kantaris Deal akan menjadi sebahagian daripada pakej ini. Main campaign mengikuti Richard Miller ketika dia cuba menyelamatkan anak perempuan presiden baharu yang diculik di sebuah negara asing. Extra mission pula kekal di region yang sama tetapi beralih fokus kepada kes berasingan melibatkan pembuatan senjata haram.

Jadi ya, ini bukan remake moden besar-besaran atau apa-apa macam itu. Tapi sebagai release Classic dengan sokongan gyro, ini cara yang bijak untuk menghidupkan semula game yang dulu sangat bergantung pada kawalan fizikal gaya arcade. Kalau gyro aiming rasa responsif, Time Crisis boleh jadi throwback hujung minggu yang fun untuk pemain PS5 dan PS4 yang rindu energy arcade shooter.

Sumber: Siliconera

Tag

Time CrisisPlayStation PlusPS5Bandai Namco