Anime / ACG

Cosplayer Yuji Itadori Ditangkap Selepas Serangan Terhadap Amos Yee Di Luar Acara Anime Singapura

Oleh Aimirul|
Kongsi

Sebuah acara anime di Singapura menjadi viral atas sebab yang memang tak elok selepas seorang cosplayer remaja yang berpakaian seperti Yuji Itadori dari Jujutsu Kaisen ditangkap susulan serangan terhadap Amos Yee di luar Doujin Market 2026.

Insiden itu berlaku pada 9 Mei di luar Doujin Market, yang juga dikenali sebagai Doujima, di Suntec Singapore Convention and Exhibition Centre. Acara tersebut sedang berlangsung di dewan 403 hingga 405 apabila polis dimaklumkan sekitar jam 2:15 petang.

Menurut komen Singapore Police Force yang dilaporkan oleh media tempatan, seorang lelaki berusia 18 tahun ditangkap kerana menyebabkan kacau ganggu awam selepas seorang lelaki berusia 27 tahun diserang dan mengalami kecederaan ringan. Lelaki 27 tahun itu dikenal pasti sebagai Amos Yee, bekas YouTuber yang dipenjarakan di Amerika Syarikat pada 2021 kerana grooming dan mengeksploitasi seorang minor secara seksual.

Video yang dikongsi online menunjukkan seorang cosplayer memakai outfit Jujutsu Kaisen Yuji Itadori yang memang mudah dikenali sedang berdepan dengan Yee di luar kawasan convention. Dalam klip tersebut, Yee dilihat ditumbuk dan ditendang ketika mencangkung di atas tanah. Selepas kedua-duanya berpisah, cosplayer itu kelihatan kembali dan menerkamnya dari belakang sebelum seseorang berhampiran masuk campur.

Yee kemudian memuat naik hantaran di X mengatakan dia baru sahaja diserang di convention anime itu dan berkongsi foto yang menunjukkan bahagian bibir atasnya berdarah. Sebelum insiden tersebut, dia juga ada memuat naik hantaran bahawa dia berniat untuk hadir ke Doujin Market, walaupun penganjur dilaporkan telah membatalkan kemasukannya.

Dalam versi kejadian menurut Yee sendiri, dia berkata dia telah dilarang masuk ke acara itu selepas pengunjung membangkitkan kebimbangan, tetapi dia masih berada di kawasan awam di luar dewan bertiket.

Polis belum mendedahkan nama remaja yang ditangkap itu secara terbuka. Namun, sebahagian komuniti anime online telah mengenal pasti cosplayer tersebut sebagai seseorang yang dikenali sebagai John Cosplayer, atau “kay9,” yang dilihat berpakaian seperti Yuji semasa insiden berlaku.

Bagi peminat anime SEA, isu ini cepat meletup sebab Doujin Market ialah antara acara ACG paling dikenali di Singapura, dan ramai juga rakyat Malaysia turun untuk con macam ini. Acara di Singapura biasanya dilihat sangat tersusun dan selamat, jadi pergaduhan di luar convention besar terus jadi berita serantau — bukan sekadar drama cosplay.

Sudut Jujutsu Kaisen juga membuatkan kisah ini tersebar jauh melepasi Singapura. Peminat mula membandingkan insiden dunia sebenar ini dengan arc Shibuya Incident, di mana Yuji berdepan dengan Mahito. Edit meme menggunakan line terkenal Yuji, “I am you,” mula beredar tidak lama kemudian, menukar satu pertelingkahan awam yang serius menjadi chaos internet anime.

Penganjur Doujin Market, Neo Tokyo Project, berkata pihaknya telah membatalkan tiket seorang “known problematic influencer” dan sedang berusaha untuk menghalangnya daripada menghadiri acara akan datang. Penganjur juga berkata keselamatan pengunjung diambil serius, sambil menegaskan bahawa mereka tidak menyokong keganasan.

Bahagian itu penting. Walaupun ramai peminat ada perasaan kuat tentang sejarah Yee, convention masih perlu jadi ruang selamat untuk pengunjung, cosplayer, artis, dan keluarga. Bila keadaan jadi fizikal, seluruh komuniti akan terheret sama dalam kekecohan — dan penganjur di Malaysia serta SEA mungkin akan memerhatikan perkara ini dengan teliti apabila merancang peraturan keselamatan untuk acara akan datang.

Di bawah undang-undang Singapura, kacau ganggu awam boleh membawa denda sehingga S$2,000. Jika perbuatan itu didapati berkemungkinan menyebabkan bahaya atau gangguan kepada orang awam, hukuman boleh termasuk penjara sehingga tiga bulan, denda sehingga S$2,000, atau kedua-duanya. Mencederakan seseorang secara sukarela boleh membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun dan denda sehingga S$5,000.

Sumber: Dexerto Gaming

Tag

Doujin MarketSingaporeJujutsu KaisenCosplayAnime Events