Anime / ACG

Zenless Zone Zero Season 3 Tease Story Baru, Sistem Bangboo, dan Wind Element

Oleh Aimirul|
Kongsi

HoYoverse nampaknya dah mula susun meja untuk Zenless Zone Zero Season 3, dan jujur cakap, update kali ini bunyi macam proper lore-heavy update, bukan sekadar satu lagi banner cycle biasa.

Dalam video Dev Talk – Season 3 Outlook baharu, ahli pasukan development ZZZ kongsi detail awal tentang apa yang players boleh expect selepas Version 2.8. Buat masa sekarang, game ini berada di Version 2.7, manakala Version 2.8 dijangka tiba pada 6 Mei 2026. Sebelum itu, 2.8 Special Program akan bersiaran pada 24 April 2026.

Fokus besar untuk Season 3 nampaknya ialah misteri sekitar Belle and Wise, Proxies di sebalik Phaethon. Pasukan itu tease bahawa kuasa legacy pelik yang berkait dengan Helios Academy, pertama kali ditunjukkan selepas insiden Bringer, akan jadi makin tak stabil dan susah untuk diabaikan. Maksudnya kita akhirnya akan dapat lihat lebih mendalam tentang masa lalu Phaethon, jenis story meat yang memang long-time players tunggu selama ini.

Season 3 juga akan teruskan pemburuan terhadap Flint Porcelloy, susulan Ramiel mengambil kuasa itu dalam Version 2.7. Etheric Other Pyrois Agent juga dijadualkan muncul, sementara kumpulan seperti Krampus Compliance Authority, Marcel Group, dan Public Safety akan jadi sebahagian daripada gambaran yang lebih besar.

Untuk players Malaysia dan SEA, benda ini penting sebab ZZZ memang salah satu game HoYoverse yang vibe dia dah kuat, tapi long-term story hook masih belum betul-betul melekat. Kalau Season 3 betul-betul all in pada background Phaethon, ini mungkin update yang buat orang datang balik bukan sekadar untuk S-rank pulls.

Kawasan baharu yang didedahkan ialah Roscaelifer, zon ruang udara sulit milik Lady Sunbringer. Ia juga akan berfungsi sebagai tempat perlindungan untuk Bangboo, yang memang dah kedengaran bahaya untuk players yang collect makhluk kecil ini macam mascots. Lokasi ini akan ada shops seperti Roaring Brekkies, digambarkan sebagai surprise box shop, dan Coff Cafe, tempat players boleh cari kopi dan teh.

Lebih penting lagi, Season 3 memperkenalkan Interboo Terminals di kawasan bandar dan combat. Terminal ini berkait dengan Bangboo Network, memberi players akses kepada profil Bangboo, feature exploration, dan Interboo Account dengan reward tambahan. HoYoverse juga akan tambah mode Bangboo kekal yang dibina sekitar proses restore Bangboo dan mengurus secret base.

Dari segi combat, zon-zon Roscaelifer akan berkait semula dengan Singularity Leakage yang disebut dalam Season 2. Maksudnya players boleh expect ruang ala Hollow dan lebih banyak Ethereals untuk dilawan. Dev talk itu juga nampaknya mengesahkan bahawa Wind element akan debut dalam Season 3, yang boleh menggoncang team building bergantung pada bagaimana HoYoverse design reaction dan agent kits dia.

Roadmap yang ditunjukkan di hujung video tease Version 2.8 sebagai Season 2 Epilogue, diikuti Season 3.0: A Sleepwalker’s Confession dan Season 3.1: The Long Goodbye.

Sebelum semua itu, Version 2.8 ada satu sebab yang sangat kuat untuk diberi perhatian: Billy Kid akhirnya akan dapat versi S-rank. Sejak launch, players hanya ada akses kepada form A-rank dia, jadi ini memang besar untuk peminat goofy gunslinger tersebut. Promeia juga akan jadi sebahagian daripada update ini.

Zenless Zone Zero tersedia di PS5, Xbox Series X, PC, dan peranti mobile.

Source: Siliconera

Tag

Zenless Zone ZeroHoYoverseZZZSeason 3