AMD telah melancarkan keluarga processor server EPYC 8005 “Sorano” baharu, dan yang ini memang menarik sebab ia bukan sekadar satu lagi chip monster untuk data centre gergasi.
Sebaliknya, Sorano disasarkan untuk deployment yang lebih ketat dan praktikal: server edge, storage box, infrastruktur telco, setup vRAN, kabinet outdoor dan sistem single-socket kompak di mana penggunaan kuasa, ruang dan kos semua memainkan peranan. Untuk pasaran SEA macam Malaysia, inilah jenis hardware yang mungkin berfungsi senyap-senyap di belakang tabir — benda yang power-kan cloud storage, infrastruktur 5G, servis enterprise dan workload edge dengan latency rendah.
Spec utama dia memang agak gila: EPYC 8635P paling atas hadir dengan 84 cores dan 168 threads, disokong oleh 384MB L3 cache dan default TDP 225W. Lineup penuh bermula daripada model lebih kecil 8-core, 16-thread sehinggalah flagship 84-core itu, jadi jelas AMD cuba cover lebih daripada satu jenis customer di sini.
Perubahan architecture paling besar ialah EPYC 8005 skip Zen 5c sepenuhnya. Keluarga EPYC 8004 “Siena” sebelum ini guna core Zen 4c, tetapi Sorano bergerak kepada core penuh Zen 5 merentasi seluruh stack. Maksudnya pembeli dapat core Zen 5 yang lebih besar, bukan varian kompak yang lebih padat, sambil masih kekal dalam kelas kuasa lebih rendah dan footprint lebih kecil berbanding siri AMD EPYC 9005 “Turin” yang lebih high-end.
TDP berada dalam julat 70W hingga 225W, dan ini penting. Bukan semua pembeli server perlukan kegilaan dual-socket atau platform data centre paling besar. Kadang-kadang pilihan lebih bijak ialah sistem kompak dengan I/O kuat, sokongan memory moden dan kuasa CPU yang cukup untuk handle workload tempatan tanpa membazir kuasa yang tak perlu.
AMD memposisikan Sorano sekitar jumlah lane PCIe 5.0 yang tinggi, sokongan memory DDR5 lebih laju dan platform single-socket yang ngam-ngam cukup besar. Untuk system integrator Malaysia, telco, cloud provider dan vendor enterprise storage, kombinasi inilah cerita sebenar. Kalau anda membina infrastruktur untuk edge compute, workload berkaitan 5G atau cloud node yang lebih kecil, penjimatan rack space dan kuasa boleh jadi sama penting dengan flex benchmark mentah.
Dari segi performance, AMD kata EPYC 8635P memberikan prestasi integer model tertinggi 40% lebih tinggi dan performance per watt 9.5% lebih baik berbanding flagship EPYC 8004 64-core sebelum ini. Melawan Intel Xeon 6716P-B 40-core, AMD mendakwa prestasi integer sehingga 91% lebih tinggi sambil berjalan pada TDP 10W lebih rendah.
Sudah tentu, benchmark vendor memang perlu validasi dunia sebenar, terutamanya untuk pembeli enterprise yang kisah tentang performance mengikut workload, harga platform dan sokongan jangka panjang. Tapi atas kertas, ini langkah yang kuat daripada AMD. Sorano memberi customer akses kepada core Zen 5 moden, cache besar, DDR5, PCIe Gen 5 dan sokongan memory kelas server tanpa memaksa mereka masuk ke kelas EPYC 9005 yang lebih besar.
Untuk gamers, ini takkan terus mempengaruhi PC build anda yang seterusnya lah — ini silicon server, bukan chip desktop Ryzen. Tapi secara tidak langsung, CPU macam ini membantu membentuk infrastruktur di belakang cloud gaming, download game, workload AI, servis telco edge dan platform online di seluruh region. Server edge yang lebih baik boleh bermaksud servis local lebih laju, latency lebih rendah dan infrastruktur lebih efisien untuk app dan game yang kita guna setiap hari.
AMD EPYC 8005 Sorano mungkin bukan hardware consumer yang flashy, tapi untuk ekosistem data, telco dan cloud SEA yang sedang berkembang, ini jenis pelancaran chip yang patut diperhatikan.
Source: Wccftech Gaming