MacBook Neo bajet yang dikhabarkan daripada Apple mungkin tak kekal sebegitu “bajet” seperti yang kita harapkan mula-mula.
Menurut Wccftech Gaming, Apple dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk membuang model MacBook Neo paling murah pada harga US$599 dan menjadikan versi storan 512GB yang lebih tinggi sebagai entry point baharu. Kalau itu berlaku, pembeli secara efektif akan berdepan kenaikan US$100 sebelum sempat fikir tentang harga Malaysia, SST, margin retailer, atau conversion mata wang. Aduh.
MacBook Neo dikatakan akan menggunakan cip A18 Pro binned, maksudnya Apple akan guna semula cip yang mana satu GPU core telah dinyahaktifkan. Itu bunyi macam cara bijak untuk rendahkan kos, terutama untuk MacBook harga lebih rendah yang disasarkan kepada pelajar, pengguna casual, dan orang yang cuma nak macOS tanpa bayar harga tahap Pro.
Tapi situasi di belakang tabir mungkin semakin rumit.
Laporan itu mendakwa Apple terkejut dengan permintaan untuk mesin yang akan datang ini. Daripada menghasilkan sekitar 5 hingga 6 juta unit pada 2026, Apple kini dikatakan menyasarkan sehingga 10 juta unit. Itu lonjakan yang besar, dan untuk menyokongnya, Apple dilaporkan telah meminta TSMC memulakan semula produksi cip A18 Pro.
Masalahnya: memulakan semula produksi cip bukan murah. Selain itu, batch baharu itu nampaknya tidak akan melalui proses binning dengan cara yang sama, yang boleh menaikkan lagi kos Apple.
Kemudian ada pula masalah memori. Laporan itu menunjukkan harga memori LPDDR5 semakin meningkat, didorong oleh permintaan berkaitan AI di seluruh industri cip. Modul LPDDR5 biasa kini dikatakan berharga sekitar US$10 per GB, dengan jangkaan ia boleh melepasi US$19 per GB tahun depan. Untuk syarikat yang cuba menjual MacBook kos rendah, tekanan kos macam ini memang sakit.
Jadi daripada menaikkan harga MacBook Neo secara terang-terangan, Apple mungkin ambil jalan lebih halus: buang model asas US$599 dan bawa pembeli ke versi 512GB yang lebih mahal. Wccftech menyatakan ini selari dengan langkah terbaru Apple yang membuang beberapa konfigurasi lower-end untuk Mac Studio dan Mac mini.
Untuk kurangkan rasa pedih, Apple juga mungkin memperkenalkan pilihan warna baharu untuk model MacBook Neo dengan storan lebih tinggi. Classic Apple move lah — kurang sakit sikit kalau laptop nampak cantik atas meja.
Untuk pembeli Malaysia, perkara ini penting sebab harga Apple di sini memang biasanya terasa lebih berat selepas ditukar kepada RM. MacBook US$599 nampak menarik atas kertas sebab ia akhirnya boleh beri pelajar, creator, dan pengguna harian pintu masuk yang lebih mampu milik ke macOS. Tapi kalau versi paling murah itu hilang, MacBook Neo mungkin jatuh lebih dekat kepada “affordable Apple” berbanding benar-benar bajet.
Namun, baseline 512GB bukanlah semuanya buruk. Pada 2026, 256GB pada laptop memang agak sempit, terutama kalau anda edit video, install app kreatif, urus game clips, atau simpan folder downloads yang bersepah macam kita semua. Untuk pelajar dan creator di Malaysia, 512GB ialah starting point yang lebih praktikal.
Isu lebih besar ialah messaging. Kalau Apple memasarkan MacBook Neo sebagai mesin kos rendah tapi senyap-senyap membuang tier paling murah, fans memang akan perasan. Pilihan warna memang nice, tapi ia tak mengubah harga akhir masa checkout.
Buat masa sekarang, anggap ini sebagai laporan dan bukannya harga rasmi Apple. Tapi kalau anda sedang tunggu MacBook Neo super murah, mungkin boleh mula sediakan wallet untuk model 512GB sebaliknya.
Source: Wccftech Gaming