Nintendo kini berdepan satu saman tindakan kelas baharu daripada gamer yang mengatakan syarikat itu tidak sepatutnya menyimpan wang refund tarif jika pelanggan sebenarnya yang menanggung kos tambahan tersebut.
Kes ini difailkan pada 21 April di United States District Court, Western District of Washington oleh dua pelanggan Nintendo, Gregory Hoffert dari California dan Prashant Sharan dari Washington. Menurut Kotaku, saman ini cuba mendapatkan semula wang untuk pengguna yang didakwa membayar harga lebih tinggi disebabkan tarif Presiden Donald Trump, yang telah diputuskan tidak sah oleh U.S. Supreme Court pada Februari.
Hujahnya agak straightforward: kalau Nintendo menaikkan harga untuk menampung tarif, kemudian menerima refund daripada kerajaan A.S. untuk tarif yang sama, pelanggan patut dapat semula bahagian mereka.
Saman itu mendakwa Nintendo, seperti banyak pengimport lain, tidak menyerap sepenuhnya kos akibat tarif tersebut. Sebaliknya, plaintif berhujah kos itu telah dipindahkan kepada pembeli melalui harga runcit lebih tinggi untuk konsol dan produk pengguna lain. Jadi kalau Nintendo menerima refund daripada U.S. Customs and Border Protection, saman itu mengatakan syarikat tersebut tidak patut dibenarkan menyimpan kedua-dua wang yang dikutip daripada pelanggan dan refund daripada kerajaan.
Dalam kata lain: tak boleh double-dip, bro.
Pasukan undang-undang mengatakan Nintendo belum membuat sebarang janji mengikat untuk memulangkan caj berlebihan berkaitan tarif kepada orang yang membayarnya. Sebab itu plaintif meminta mahkamah campur tangan sebelum Nintendo berpotensi menerima wang refund dan menyimpannya.
Ini berlaku selepas Nintendo dan beberapa syarikat lain menyaman kerajaan A.S. susulan keputusan Supreme Court tersebut. Nintendo dilaporkan telah menghentikan sementara samannya sendiri buat masa ini sementara menunggu proses rasmi refund tarif berjalan. Ketika Nintendo sedang menyediakan kesnya, sistem dan laman web refund nampaknya masih belum siap.
Untuk gamer Malaysia dan SEA, ini bukan sesuatu yang akan terus menurunkan harga Switch 2 di kedai lokal esok. Saman ini fokus kepada A.S., dan sebarang keputusan refund kemungkinan besar bergantung pada di mana produk dibeli, bagaimana harga ditetapkan, dan siapa yang layak di bawah saman tindakan kelas itu.
Tapi ia masih berbaloi untuk diikuti kerana harga hardware sekarang memang bersifat global. Bila syarikat besar mengambil kira tarif, shipping, turun naik mata wang, dan kos supply chain dalam penetapan harga konsol, keputusan itu boleh memberi kesan berantai ke rantau lain juga. Malaysia pun sudah biasa dengan markup import, stok grey market, perbezaan distributor, dan harga dalam RM yang boleh terasa pedih setiap kali konsol baharu dilancarkan.
Jika Nintendo dipaksa memulangkan wang berkaitan tarif kepada pelanggan A.S., ia juga boleh memberi tekanan kepada syarikat gaming dan tech lain untuk menjelaskan berapa banyak kenaikan harga mereka benar-benar berpunca daripada kos yang tidak dapat dielakkan, berbanding kos yang terus dipindahkan kepada pengguna. Itu penting di luar Amerika juga, terutama untuk player SEA yang sering membayar harga premium tanpa mendapat tahap sokongan rasmi serantau yang sama.
Buat masa ini, ini masih drama undang-undang peringkat awal. Belum ada refund yang diarahkan, dan Nintendo belum dipaksa membayar semula pelanggan. Tapi kes ini memang kena pada satu isu yang sangat familiar untuk gamer: bila syarikat menaikkan harga kerana kos luaran, apa jadi kalau kos itu kemudian hilang?
Kalau jawapannya ialah “syarikat simpan beza itu,” ya, memang orang akan salty.
Sumber: Kotaku