Tech & Gear

Nintendo Switch 2 Bakal Jadi Lebih Mahal Secara Global, Jadi Pembeli SEA Mungkin Kena Gerak Cepat

Oleh Aimirul|
Kongsi

Nintendo telah mengesahkan bahawa Switch 2 akan menerima kenaikan harga di beberapa pasaran utama, dan walaupun Malaysia tidak disenaraikan secara khusus dalam pengumuman itu, pembeli SEA memang patut ambil perhatian.

Syarikat itu berkata semakan harga ini berlaku kerana "perubahan keadaan pasaran", dengan Nintendo memberi amaran bahawa kesannya dijangka berterusan dalam jangka masa sederhana hingga panjang. Maksudnya: ini bukan sekadar adjustment kecil sementara, bro. Kos hardware, tekanan mata wang, komponen, logistik — semua benda business yang boring itu sekarang sudah mula kena dekat benda fun.

Mulai 1 September 2026, Nintendo Switch 2 akan menjadi lebih mahal di U.S., Canada dan Europe. Di U.S., harga console naik sebanyak US$50, daripada US$449.99 kepada US$499.99. Canada pula akan melihat harga bergerak daripada CA$629.99 kepada CA$679.99, manakala Europe naik daripada €469.99 kepada €499.99.

Japan juga terkesan lebih awal. Sistem Switch 2 Japan-only berbahasa Jepun akan naik daripada ¥49,980 kepada ¥59,980, berkuat kuasa 25 Mei 2026. Nintendo Switch OLED Model di Japan juga meningkat daripada ¥37,980 kepada ¥47,980. Namun, sistem Multi-Language Switch 2 yang dijual melalui My Nintendo Store akan kekal pada harga semasa.

Nintendo juga meminta maaf atas langkah ini, dengan mengatakan mereka kesal terhadap impak kepada pelanggan dan stakeholders.

Untuk gamer Malaysia, soalan besarnya simple: adakah harga local akan ikut naik?

Buat masa sekarang, laporan sumber tidak menyenaraikan sebarang semakan MSRP Malaysia, jadi kita tidak patut berlagak macam sudah tahu impak RM yang tepat. Tapi secara realistik, Malaysia dan SEA jarang hidup dalam vacuum bila harga console berubah di pasaran besar. Stok local selalunya bergantung pada distribution serantau, kos import, pergerakan forex dan margin retailer. Kalau harga global naik, besar kemungkinan bundle local, unit grey import, listing Shopee/Lazada dan stok kedai game akhirnya akan terasa panas juga.

Ini penting sebab Switch 2 memang bukan pembelian impulse casual untuk kebanyakan player Malaysia. Tambah Pro Controllers, kad microSD Express, beberapa game first-party dan mungkin screen protector, total damage boleh naik laju gila. Game Nintendo juga biasanya tahan harga lebih baik berbanding kebanyakan platform lain, jadi sebarang kenaikan hardware akan buat kos masuk jadi lagi sakit.

Timing ini juga memberi pembeli satu window yang jelas. Memandangkan kenaikan di U.S., Canada dan Europe hanya bermula pada 1 September, sesiapa di pasaran terkesan ada beberapa bulan untuk beli sebelum harga baharu bermula. IGN juga menyatakan bahawa bundle Switch 2 + Super Mario Galaxy kini tersedia pada US$499.99 dengan penjimatan US$70, walaupun bundle itu tamat selepas 9 Mei.

Pengumuman ini menyusul selepas tekanan harga yang serupa daripada Microsoft dan Sony. Pasaran hardware gaming yang lebih luas sedang berdepan ekonomi yang rough, kekurangan komponen elektronik global berkaitan boom AI, dan kos logistik lebih tinggi yang dikaitkan dengan perang di Iran. Basically, console sedang kena squeeze dari banyak arah.

Gambaran jualan Nintendo sendiri masih kuat, walaupun begitu. Syarikat itu berkata Switch 2 bermula dengan kukuh selepas dilancarkan pada Jun 2025, mencecah 19.86 juta unit terjual. Tetapi Nintendo juga mengakui jualan lebih tertumpu pada tahun pelancaran berbanding hardware Nintendo sebelum ini. Untuk tahun kewangan berakhir 31 Mac 2027, Nintendo menjangka menjual 16.5 juta unit Switch 2, turun 16.9% year-on-year, sebahagiannya kerana semakan harga ini. Namun, jualan software dijangka meningkat daripada 48.71 juta kepada 60 juta unit.

Jadi takeaway untuk peminat Nintendo di Malaysia dan SEA: kalau anda memang sudah plan nak beli Switch 2, jangan buat tak tahu berita ini. Tak perlu panic-buying lah, tapi mula pantau retailer local rapat-rapat. Bila harga antarabangsa bergerak, harga local selalunya tidak kekal cute lama.

Sumber: IGN

Tag

NintendoSwitch 2gaming hardwareMalaysiaconsole prices