Tech & Gear

PlayStation Plus Makin Mahal untuk Subscriber Baharu Mulai 20 Mei

Oleh Aimirul|
Kongsi

Sony sekali lagi menaikkan harga PlayStation Plus, dan kali ini memang kena ambil kisah kalau korang tengah plan nak masuk dunia PS5 online gaming tak lama lagi.

Mulai 20 Mei 2026, harga PlayStation Plus untuk pelanggan baharu akan naik di rantau terpilih. Sony kata perubahan ini disebabkan “ongoing market conditions”, yang sebenarnya cara corporate standard untuk cakap kos dah naik dan player yang akan rasa sakitnya.

Harga entry baharu yang disenaraikan Sony ialah:

  • 1 bulan PlayStation Plus: US$10.99 / €9.99 / £7.99
  • 3 bulan PlayStation Plus: US$27.99 / €27.99 / £21.99

Sebelum ini, pelan bulanan US ialah US$9.99, manakala pilihan tiga bulan pula US$24.99. Ini lebih kurang kenaikan sekitar 10% untuk pelan bulanan dan kira-kira 12% lebih mahal untuk pelan tiga bulan.

Buat masa sekarang, detail paling penting ialah perubahan ini nampaknya tidak terkena existing subscribers di kebanyakan rantau, kecuali kalau subscription mereka berubah atau tamat. Sony juga kata subscriber semasa tidak terkesan kecuali di Turkey dan India. Pelan tahunan juga nampaknya kekal sama berdasarkan pengumuman semasa.

Kenapa player Malaysia dan SEA patut ambil perhatian

Walaupun pengumuman Sony highlight harga USD, EUR, dan GBP, player Malaysia dan SEA tetap kena monitor benda ni. PlayStation Plus bukan sekadar servis optional yang ‘nice to have’ kalau korang selalu main online. Untuk kebanyakan game multiplayer PS5, korang perlukan subscription PS Plus aktif untuk main online.

Maksudnya kalau korang tengah grind EA FC, masuk medan perang Helldivers, main fighting game online, atau sekadar nak kekalkan squad dekat console, subscription ni memang sebahagian daripada kos sebenar memiliki PlayStation.

Bahagian yang menyakitkan bukan cuma yuran bulanan yang lebih tinggi. Yang annoying ialah rule subscription lapse. Kalau korang sekarang subscribed dan biarkan pelan tamat, kemudian re-subscribe semula kemudian, harga baharu mungkin dikenakan bergantung pada rantau korang. Jadi kalau korang jenis tunggu sale atau biar PS Plus lapse antara release multiplayer besar, benda ni memang worth ingat.

Untuk Malaysia, langkah paling praktikal senang saja: check harga local PlayStation Store sebelum 20 Mei dan bandingkan pilihan bulanan, tiga bulan, dan tahunan. Kalau korang memang tahu akan main online sepanjang tahun, pelan tahunan biasanya lebih masuk akal daripada bayar bulan ke bulan. Jangan main renew blindly, bro — subscription creep is real.

Ini datang selepas tekanan harga PlayStation yang lebih luas

Perubahan PS Plus ini juga tiba tidak lama selepas Sony menaikkan harga hardware PlayStation semasa pada akhir Mac 2026. Jadi gambaran besarnya jelas: PlayStation makin mahal, bukan makin murah.

Benda ni berlaku ketika Sony menjangka jualan hardware PS5 lebih rendah, tetapi profit daripada bisnes gaming secara keseluruhan lebih kuat. Dalam erti kata lain, walaupun console kurang terjual, services, software, dan subscriptions masih boleh bantu duit terus masuk.

Untuk player pula, mood dia lain. Dulu console gaming rasa straightforward: beli box, beli game, main. Sekarang, antara harga hardware, harga game digital, subscription tiers, dan akses online, total cost cepat gila bertambah — lagi-lagi di pasaran SEA bila exchange rate dan regional pricing boleh buat kenaikan kecil dalam US dollar terasa jauh lebih berat.

Patut panic ke?

Tak juga. Ini bukan kenaikan yang terlalu besar, dan subscriber semasa di kebanyakan rantau masih selamat buat masa sekarang. Tapi ini satu lagi reminder bahawa PS Plus semakin jadi item bajet jangka panjang, bukan sekadar add-on rawak.

Kalau korang pemilik PS5 di Malaysia, play paling bijak ialah check tarikh renewal, elakkan subscription lapse secara tak sengaja kalau nak kekalkan rate semasa, dan fikir sama ada pelan tahunan lebih ngam dengan habit gaming korang. Kalau korang cuma main game single-player, mungkin tak perlu rush. Tapi kalau hidup console korang memang bergantung pada online multiplayer, price hike ni memang worth untuk plan awal.

Sumber: TechPowerUp

Tag

PlayStation PlusSonyPS5Subscription