Sony’s PlayStation 5 masih lagi satu kejayaan besar, tapi angka hardware terbaru tunjuk satu benda yang memang jelas: bila konsol jadi makin mahal, makin kurang orang beli.
Menurut laporan kewangan terbaru Sony, yang dipetik oleh Game Developer, penghantaran PS5 jatuh mendadak pada suku terakhir tahun fiskal 2025. Sony menghantar 1.5 juta unit PS5 dalam tempoh itu, berbanding 2.8 juta unit pada suku yang sama tahun sebelumnya.
Itu bukan penurunan kecil. Itu hampir separuh volume hilang dalam satu suku tahun, dan timing dia memang susah nak ignore. Jualan PS5 dilaporkan turun sebanyak 2.5 juta unit year-on-year, dengan penurunan itu bermula sekitar tempoh Sony menaikkan harga PS5 pada Ogos lalu. Syarikat itu juga baru-baru ini menaikkan harga sekali lagi.
Untuk pemain Malaysia dan SEA, bahagian ini yang paling penting. PS5 memang sudah jadi pembelian besar di sini, sebelum kira lagi game baru RM200–RM300, PS Plus, controller tambahan, upgrade storage, atau setup TV/monitor yang elok. Kalau harga konsol itu sendiri naik lagi, ramai pembeli memang akan tunggu bundle, promo, deal second-hand, atau terus kekal dengan PC, mobile, atau konsol lama.
Itu tidak bermaksud PlayStation tiba-tiba dalam masalah. Jauh sekali. Sony menjual 16 juta konsol PS5 sepanjang tahun fiskal lepas, menolak jumlah jualan PS5 melepasi 93 juta unit. Generasi PlayStation semasa ini juga digambarkan sebagai kitaran hardware paling profitable Sony setakat ini, dengan lebih daripada AS$136 bilion pendapatan setakat ini.
Jadi situasi dia agak kelakar: konsol makin kurang bergerak, tapi Sony masih buat duit besar. Itu mungkin menjelaskan kenapa syarikat itu boleh menyerap jualan hardware yang lebih perlahan dengan lebih baik daripada yang pemain sangka. Software, subscriptions, jualan digital, dan perbelanjaan dalam ecosystem semua membantu mengurangkan impaknya.
Kebimbangan lebih besar ialah apa yang berlaku selepas ini. Sony sudah memberi amaran bahawa kekurangan memory berkaitan AI boleh menjejaskan forecast tahun fiskal 2026. Syarikat itu perlu mendapatkan memory pada harga munasabah, tapi pasaran tech yang lebih luas kini sedang tertekan akibat demand AI. Kalau memory kekal mahal atau supply jadi ketat, gaming hardware pun boleh terasa kesannya.
Untuk SEA, itu boleh membawa dua outcome yang menyakitkan hati: harga lebih tinggi atau stok lebih susah dapat. Dua-dua bukan ideal di rantau yang console gaming sudah pun bersaing dengan mobile gaming yang jauh lebih murah, gaming laptop, cybercafe, dan handheld PC. Kalau Sony mahu terus membesarkan base PS5 di sini, affordability memang penting. Lineup exclusive yang kuat memang membantu, sure, tapi harga masih king untuk ramai isi rumah Malaysia.
Sony dilaporkan menjangka pendapatan hardware pada tahun fiskal 2026 kekal hampir sama dengan tahun fiskal 2025, jadi syarikat itu nampaknya tidak terlalu panik. Tapi mesej daripada pembeli cukup jelas: kalau harga ditolak terlalu jauh, orang akan pause.
Sumber: Destructoid