Samsung memang tak tunggu lama untuk moment besar Android 17 daripada Google. Menjelang Google Android Show I/O Edition, di mana Android 17 dijangka akan dipreview dalam satu bentuk, Samsung sudah pun mengumumkan One UI 9 beta untuk siri Galaxy S26.
Buat masa sekarang, ini bukan rollout global penuh. Beta ini dibuka minggu ini untuk pengguna Galaxy S26 di negara terpilih: Germany, India, Korea, Poland, UK dan US. Pengguna di pasaran tersebut boleh daftar melalui app Samsung Members.
Malaysia dan kebanyakan negara Southeast Asia tidak tersenarai dalam wave pertama ini, which is standard Samsung behaviour lah. Akses beta biasanya bermula di beberapa region ujian utama sebelum diperluaskan, atau sebelum stable build akhirnya dilepaskan dengan lebih meluas. Jadi kalau anda menggunakan Galaxy S26 di Malaysia, jangan panic kalau app Samsung Members masih tak tunjuk apa-apa lagi.
Apa yang baru dalam One UI 9?
One UI 9 berasaskan Android 17, dan nota awal Samsung lebih fokus kepada perubahan quality-of-life yang praktikal berbanding satu redesign besar-besaran.
Samsung Contacts akan menerima sokongan Creative Studio, membolehkan pengguna menjana custom profile card terus dalam app Contacts. Kedengaran macam satu lagi feature personalisation kecil berkuasa AI, tapi ia boleh jadi berguna kalau Samsung buat ia cepat dan clean, bukan sorok bawah terlalu banyak menu.
Quick Panel juga akan mendapat kawalan yang lebih baik. Samsung kata kawalan brightness, sound dan media player kini akan ada toggle berasingan. Untuk kegunaan harian, terutamanya pada phone yang digunakan untuk gaming, TikTok, YouTube dan tukar-tukar audio Bluetooth, ini boleh buat panel rasa kurang serabut.
Accessibility juga diberi perhatian. Samsung menggabungkan pakej panduan suara TalkBack miliknya dengan Google, berbanding membiarkannya berasingan. Text Spotlight kini akan berfungsi dalam floating windows, yang sepatutnya memudahkan pembacaan dalam lebih banyak situasi. Kelajuan Mouse Key juga boleh dilaraskan, berguna untuk pengguna yang menggunakan setup input luaran.
Samsung Notes turut mendapat lebih banyak customisation, termasuk gaya garisan pen baharu dan decorative tapes. Bukanlah tech yang akan mengubah esports, tapi untuk student, creator dan pengguna tablet, Samsung Notes memang sudah pun antara app built-in yang lebih kuat dalam ekosistem Galaxy.
Keselamatan app yang lebih kuat ialah upgrade praktikal paling besar
Perubahan paling penting untuk pengguna SEA mungkin dari segi keselamatan. Samsung kata One UI 9 boleh mengesan secara automatik behaviour app yang mencurigakan apabila app berisiko tinggi terlibat. Jika dikesan, sistem boleh block file daripada berjalan atau dipasang, kemudian mencadangkan langkah untuk memastikan phone kekal selamat.
Ini penting di sini sebab pengguna Android di Malaysia dan rantau ini kerap install app dari luar Play Store, sama ada untuk APK, modded tools, shopping apps, beta games atau servis region-locked. Sideloading memang normal, tapi ia juga membuka pintu kepada scam apps dan malware. Kalau detection Samsung berfungsi dengan baik, ini boleh jadi antara feature One UI 9 yang lebih berguna untuk pengguna biasa.
Patutkah pengguna Galaxy di Malaysia ambil peduli?
Ya, tapi dengan expectation yang realistik. Kalau anda di Malaysia, berita segera ini lebih kepada preview tentang apa yang akan datang, bukan sesuatu yang semestinya boleh anda install hari ini. Pasaran beta pertama masih terhad, dan beta firmware juga bukan benda yang kebanyakan orang patut guna pada main phone melainkan mereka okay dengan bugs.
Namun begitu, senarai feature awal One UI 9 menunjukkan Samsung sedang fokus pada polish: kawalan lebih baik, accessibility yang lebih luas, lebih personalisation dan perlindungan lebih kuat terhadap app mencurigakan. Untuk pemilik Galaxy S26, ini ialah pandangan sebenar pertama terhadap hala tuju Android 17 Samsung.
Sekarang kita tunggu bila Samsung akan memperluaskan availability, dan seberapa pantas stable update One UI 9 sampai ke Malaysia serta seluruh SEA.
Source: GSMArena