Kemunculan semula Steam Machine Valve yang dirumorkan mungkin tak semahal bisikan awal sebelum ini, tapi soalan besar masih sama: adakah “kurang mahal” itu cukup?
Menurut Price Empire, Valve dilaporkan sedang memerhati pasaran RAM dengan rapat dan mungkin menyasarkan window pelancaran US$650 hingga US$750 untuk Steam Machine. Dalam kiraan Malaysia, itu lebih kurang RM3,100 hingga RM3,550 sebelum shipping, cukai, markup import, dan apa sahaja keputusan retailer tempatan nanti. Jadi ya, memang bukan tahap beli ikut impulse.
Isu lebih besar sebenarnya sama macam banyak hardware tech sekarang: harga memory. Laporan sumber mengaitkan tekanan harga RAM baru-baru ini dengan boom AI, di mana permintaan untuk komponen utama dan wafer menaikkan kos secara menyeluruh. Ia juga mendakwa keadaan mungkin mula reda sedikit selepas isu pembiayaan OpenAI, dengan OpenAI dikatakan sebagai pembeli besar wafer yang belum dipotong dan sudah ditempah melalui letters of intent.
Kalau cooling-off itu betul-betul membantu Valve, Steam Machine mungkin boleh elak rumor harga US$800 hingga US$900 lebih yang lebih menakutkan. Itu berita baik. Tapi walaupun pada US$650, Valve masih masuk fight yang panas gila.
Pada harga lebih rendah itu, Steam Machine akan berada sekitar tahap sama dengan 1TB PlayStation 5 Slim dengan disc drive di US, dan kira-kira US$50 lebih mahal daripada PS5 Slim Digital Edition. Masalahnya? Console seperti PS5 mendapat kelebihan daripada hardware tetap dan game optimisation yang kuat. Steam Machine pula, walaupun dengan magic SteamOS daripada Valve, masih berperangai lebih macam PC: compatibility layers, menu settings, dan performance yang tak sekata bergantung pada game.
Untuk pemain Malaysia dan SEA, benda itu memang penting. Kalau kau bayar lebih RM3k, kau nak benda itu terus jalan tanpa pening kepala. PS5, Xbox, atau gaming laptop dengan harga okay memberi value yang lebih jelas untuk jenis pemain berbeza. Console gamers dapat plug-and-play. Laptop gamers dapat skrin, portability, dan benda yang boleh guna untuk kerja atau belajar. Kaki build desktop PC pula boleh cari deal Shopee, Lazada, dan Low Yat, dan mungkin dapat fleksibiliti lebih kuat dengan bajet yang sama, terutama kalau harga RAM stabil semula.
Itulah pening kepala terbesar Steam Machine: identiti. Ia tidak portable macam Steam Deck. Ia tiada skrin terbina. Ia tidak semudah console tradisional. Ia menjalankan setup Linux yang fokus kepada gaming, benda yang cool untuk enthusiast tetapi masih susah dijual kepada pembeli casual yang cuma nak main EA FC, Monster Hunter, Dota 2, atau apa sahaja yang squad mereka tengah grind bulan ini.
Power juga satu lagi kebimbangan. Laporan itu berhujah bahawa machine Valve mungkin memberi performance sekitar atau bawah tahap PS5 Slim, yang menjadikan timing agak awkward. PS5 dilancarkan pada 2020, dan setiap bulan tambahan Steam Machine masih belum keluar membuatkan perbandingan itu nampak kurang cantik. Hardware memang tak menua dengan baik, bro.
Tapi bukan semuanya doom. Sasaran US$650 jauh lebih sihat berbanding rumor range US$800 atau US$900, dan Valve jelas sudah belajar daripada cubaan Steam Machine lamanya. Steam Deck membuktikan Valve boleh membuat PC gaming rasa seperti console apabila hardware, software, dan harga semuanya kena ngam. Steam Controller yang diperbaharui juga kedengaran promising, dan Steam Frame boleh jadi langkah VR besar kalau Valve betul-betul nail it.
Tapi untuk Malaysia, Steam Machine perlukan lebih daripada “ia jalankan game Steam di TV.” Ia perlukan harga tajam, availability tempatan yang kuat, dan sebab kukuh untuk pilihnya berbanding PS5, gaming laptop, mini PC, atau Steam Deck 2 masa depan. Kalau tidak, ini boleh jadi satu lagi eksperimen Valve yang cool dan dihormati hardcore fans, tapi pemain biasa skip.
Sumber: Destructoid